Home > Penulis > Barnabas Jampi Agan

Barnabas Jampi Agan

En. Barnabas Jampi Agan mempunyai  pengalaman kerja  selama 31 tahun dan merupakan Ketua Juru X-ray dan Pengawai Pengimejan Diagnostik Gred U42 di Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Bintulu, Sarawak.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Teknologi MARA dengan memperolehi Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian)  dan Diploma Radiografi dari Kolej Radiografi dan Radioterapi, Hospital Kuala Lumpur. Beliau juga memperolehi Sijil Pos Basik dalam bidang Pengurusan Personel Kesihatan dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta Perak.

Kerja-kerja beliau melibatkan tugas klinikal seperti melakukan pemeriksaan CT Scan, fluoroskopi biasa dan fluoroskopi di Dewan Bedah, pemeriksaan radiografi khas dan radiografi am. Disamping itu beliau juga melakukan tugas pengurusan dan penyeliaan seperti Kawalan mutu radas x-ray, program kualiti hospital KPI dan NIA, memantau SOP-SOP jabatan sentiasa dipatuhi oleh setiap staf dan tugas-tugas antara jabatan yang melibatkan pengurusan hospital.

Beliau juga terlibat dengan kerja penyelidikan dan mengatur program latihan CME dan CPD dan aktiviti program-program kualiti untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di jabatan. Penyelidikan yang telah beliau buat ialah kajian dos radiasi ke atas tiroid pakar bedah ortopedik semasa pengunaan mesin x-ray fluoroskopi di dewan bedah di Hospital Bintulu yang bertajuk “Radiation Dose Over The Thyroid Of Orthopedic Surgeon From Usage Of Mobile C-Arm Fluoroscopy”.

Sekarang beliau sedang dalam proses menyediakan laporan dan mengemaskini jabatan bagi pengauditan Pensijilan Akreditasi Hospital Edisi ke-4, Hospital Bintulu. Beliau berpengalaman dalam proses dan penyediaan jabatan radiologi bagi Pensijilan Akreditasi MSQH sebanyak 3 kali bermula dari tahun 2007 (Edisi 1, 2 dan 3) bagi MSQH Performance Indicator Hospital Accreditation Service Standard 14 (Radiology/ Diagnostic Imaging). Dengan itu, beliau telah dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sebanyak 3 kali.

 

Semakan Akhir: 23 Februari 2017