A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Barah Kepala dan Leher : Kepentingan Penjagaan Pergigian

Pengenalan

Kanser atau barah adalah sejenis penyakit malignan di mana sel-sel bertindak diluar kawalan dan boleh merebak ke organ-organ utama. Ia boleh menyebabkan kesakitan, penderitaan dan kemerosotan kesihatan badan jika rawatan sewajarnya tidak diperolehi.

Rawatan barah boleh melibatkan salah satu atau kombinasi rawatan seperti pembedahan, radioterapi dan/atau kemoterapi. Keadaan di dalam mulut boleh terjejas samada secara langsung disebabkan oleh sel barah atau secara tidak langsung disebabkan oleh kesan sampingan daripada rawatan barah. Setiap individu mengalami kesan sampingan yang berbeza-beza selepas rawatan barah. Topik ini akan merangkumi bagaimana cara-cara untuk menjaga kesihatan mulut anda di setiap peringkat yang berlainan dan apa yang akan dilalui semasa lawatan pergigian.

Sebelum rawatan radioterapi/kemoterapi

  • Amalkan tabiat penjagaan kesihatan mulut yang baik
    • Berus gigi dan gusi anda dengan betul pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam
    • Menggunakan berus gigi berbulu lembut
    • Menggunakan ubat gigi berfluorida. Fluorida berfungsi untuk menguatkan gigi anda dan mengelakkan pembiakan plak dan bakteria.
    • Menggunakan flos gigi untuk membersihkan celah-celah gigi.
    • Gunakan ubat kumur atau gel antibakteria tanpa alkohol (e.g.:Chlorhexidine).
    • Penjagaan gigi palsu:
      • Cuci gigi palsu dengan air setiap kali selepas waktu makan untuk membersihkannya dari sisa makanan.
      • Bersihkan gigi palsu dengan berus lembut dan sabun mandi untuk mengelakkan kesan calar atau kasar
      • Rendam gigi palsu dengan air suhu bilik apabila tidak digunakan atau pada waktu malam.
  • Lawatan pergigian
    • Pemeriksaan pergigian yang komprehensif amat digalakkan.
    • Gigi yang bermasalah teruk hendaklah dicabut:
      • Gigi yang mempunyai lubang yang besar dan dalam.
      • Gigi yang bergoyang disebabkan oleh masalah gusi yang serius/ jangkitan.
    • Rawatan pergigian yang rutin boleh dijalankan seperti tampalan dan penskaleran.
    • Matlamat lawatan pergigian pada peringkat ini adalah untuk mencapai kesihatan mulut yang optimum sebelum memulakan rawatan barah.

Semasa rawatan radioterapi/kemoterapi

  • Teruskan tabiat amalan kesihatan mulut yang baik
    • Pada peringkat ini mungkin berlaku ulser mulut atau mukositis akibat daripada rawatan radioterapi/kemoterapi
      • Tisu lembut di dalam mulut akan menjadi sakit, ulser, radang dan mudah berdarah.
  • Tip-tip untuk tabiat kesihatan pergigian :
    • Jangan mengelak untuk memberus gigi anda!
    • Gunakan berus gigi dengan bulu yang lebih lembut dan kepala bersaiz kecil apabila memberus di dalam mulut yang sedang sakit.
    • Basahkan berus gigi dengan air suam untuk memberikan keselesaan semasa memberus gigi.
    • Gunakan ubat kumur atau gel antibakteria bebas alkohol apabila berasa loya dan tidak dapat memberus gigi.
    • Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
    • Menghisap ais untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
    • Elakkan memakai gigi palsu jika anda merasa tidak selesa atau jika ada ulser atau pendarahan di dalam mulut.
    • Elakkan pengambilan air bergula untuk mengelakkan risiko karies gigi / gigi berlubang.
    • Gunakan gel anestetik atau ubat kumur yang bersesuaian bagi mengurangkan kesakitan. Sila berbincang dengan doktor gigi anda tentang penggunaan ubat ini.
    • Gunakan ubat anti-kulat jika terdapat jangkitan kulat di dalam mulut. Sila berbincang dengan doktor gigi anda tentang penggunaan ubat ini.
  • Lawatan pergigian
    • Elakkan rawatan pergigian diperingkat ini sekiranya boleh.
    • Hanya rawatan pergigian kecemasan boleh dilakukan di peringkat ini. Sila dapatkan nasihat dari doktor gigi anda.

Selepas rawatan radioterapi/kemoterapi

    • Kekalkan tabiat amalan kesihatan mulut yang baik.
      • Kesan sampingan selepas radioterapi:
        • Mulut kering – air liur menjadi pekat dan melekit. Keadaan ini mungkin menjadi kekal bergantung kepada dos dan kitaran radioterapi yang diterima.
        • Perubahan deria rasa – deria rasa mungkin terjejas yang boleh bersifat kekal atau sementara.
      • Tip-tip untuk tabiat kesihatan pergigian:
        • Hisap atau kunyah gula-gula getah tanpa gula. Ia membantu untuk merangsang pengeluaran air liur dan mengawal keadaan berasid di dalam mulut.
        • Gunakan botol semburan berisi air untuk melembapkan tisu di dalam mulut. Semburkan air ke dalam mulut sejam sekali.
          Botol semburan mengandungi air bersih
    • Jika anda mempunyai bukaan mulut yang terhad akibat dari rawatan barah, senaman rahang amat digalakkan. Sila dapatkan nasihat dari doktor gigi anda.
      Pesakit yang mempunyai barah di pipi sebelah kanan dengan bukaan mulut yang terhad (trismus) selepas rawatan kanser.

 

  • Lawatan pergigian
    • Pemeriksaan pergigian secara berkala untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi.
    • Temujanji pergigian diberikan setiap 3 atau 4 bulan bagi dua tahun pertama. Seterusnya, temujanji diberikan setiap 6 bulan apabila keadaan telah stabil.
    • Penting! ( Komplikasi yang teruk boleh terjadi disebabkan oleh masalah tulang yang tidak sembuh. Oleh itu, rawatan pergigian yang diberikan memerlukan teknik berlainan):
      • Sila beritahu kepada doktor gigi anda jika anda pernah menjalani rawatan radioterapi di bahagian kepala dan leher.
      • Sila beritahu doktor gigi anda jika anda pernah menerima ubat kemoterapi:
        • Bisphosphonates(e.g.: Zometa/ Zoledronic Acid)
        • Denosumab
Keadaan mulut pesakit yang tidak dijaga dengan baik selepas 5 tahun rawatan radioterapi dan kemoterapi dijalankan bagi kanser Nasopharyngeal (NPC)
Keadaan mulut pesakit yang dijaga dengan baik selepas 3 tahun rawatan radioterapi dan kemoterapi dijalankan bagi kanser Nasopharyngeal (NPC)

 

Semakan Akhir : 20 Mac 2015
Penulis : Dr. Norjehan bt. Yahaya
Akreditor : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,288,222

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia