Home > syikin (page 14)

syikin

Bantuan Pesakit Mangsa Bencana

Bencana ditakrifkan sebagai insiden yang berlaku secara mengejut dan bersifat kompleks sama ada semula jadi atau kerana faktor manusia. Ia boleh melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan, kemusnahan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Tahap keterukan yang dialami bergantung pada daya tahan penduduk terjejas dan keupayaan mereka untuk kembali pulih.

Baca Selanjutnya >

Bantuan Kepada Pesakit Kanser

Bagi membantu pesakit serta keluarga menangani situasi yang dihadapi dengan cara terbaik, mereka sering dirujuk ke Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Ini bagi memastikan perkhidmatan sokongan dan bantuan yang sewajarnya disediakan sebagai pelengkap kepada proses rawatan. Perkhidmatan ini disediakan untuk pesakit dewasa mahupun kanak-kanak.

Baca Selanjutnya >

Sumbang Mahram – Keprihatinan Masyarakat Terhadap Isu Kekeluargaan

Isu sumbang mahram adalah kompleks dan ia adalah kejadian yang sering kali dilaporkan dalam masyarakat. Bagaimanapun, walau dengan peruntukan undang-undang sedia ada, isu sumbang mahram masih menjadi isu yang mendapat tempat di media-media serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa. Ini disebabkan dinamiknya; mangsa merupakan anak-anak kecil yang mudah diugut atau dimanipulasi untuk bersetuju atas perbuatan yang dilakukan, merahsiakan perbuatan yang berlaku, ibu bapa mungkin tidak dilatih untuk mengenali tanda – tanda penderaan seksual kanak-kanak, ibu bapa yang tidak tahu untuk melaporkan kejadian yang berlaku serta kekurangan sistem sokongan yang disediakan atau pelbagai faktor–faktor lain.

Baca Selanjutnya >

Perbezaan Rabun Dekat dan Rabun Tua

Pengenalan Ramai orang keliru antara rabun dekat dan rabun tua. Ini kerana kedua-duanya akan mengadu kabur pada jarak dekat. Sebenarnya rabun dekat dan rabun tua adalah dua masalah mata yang berbeza. Sebarang objek akan dilihat jelas sekiranya imej terbentuk di atas retina. Tiga komponen mata yang membantu untuk melihat dengan …

Baca Selanjutnya >

Mata Letih Dan Sakit Kepala

Pengenalan Mata letih dan sakit kepala ialah gejala yang biasa kita alami. Keadaan ini mungkin berpunca daripada masalah mata seperti: Kegagalan akomodasi dan konvergens Rabun Penggunaan komputer berlebihan Penyakit saraf optik seperti Glaukoma dan Papiloedema. Apa Itu Akomodasi Dan Konvergens? Kuasa kanta kristalin membantu mata hasilkan imej jelas. Contohnya, apabila …

Baca Selanjutnya >

Juling Bergilir-Gilir

Apa Itu Juling? Juling adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak berada dalam keadaan selari/sejajar apabila melihat ke arah sesuatu objek. pautan : mata juling Apa Itu Juling Bergilir-Gilir? Juling bergilir-gilir merujuk kepada keadaan dimana pesakit mempunyai mata juling secara bergilir-gilir antara mata kanan dan mata kiri. Satu mata digunakan untuk …

Baca Selanjutnya >

Juling Sekali-Sekala

KADANG-KADANG JULING, KADANG-KADANG TIDAK! Aduan seorang ibu…. “Saya perasan kadang-kadang mata anak saya juling. Bila dia melihat sesuatu barang, mata kanan akan melihat ke arah barang tetapi mata kirinya akan juling keluar seolah-olah menjeling ketepi. Ini sering berlaku ketika anak saya kurang sihat, mengelamun atau semasa dia dalam keadaan letih” …

Baca Selanjutnya >

Rabun Jauh

Pengenalan Rabun jauh merupakan sebahagian masalah kesihatan awam bagi seluruh masyarakat dunia sejak berdekad lalu. Sebagaimana di negara Asia seperti Singapura dan Taiwan didapati rabun jauh melibatkan 85% dan 90% daripada kalangan orang muda. Manakala dalam kajian yang dijalankan terhadap murid sekolah di Malaysia, didapati prevalen rabun jauh bagi bangsa …

Baca Selanjutnya >

Permohonan Pencen Ilat Ke PERKESO

Ilat adalah keuzuran yang berlaku kepada seseorang secara serius hingga menjadi kekal atau tidak mungkin sembuh mengakibatkan seseorang tidak mampu mencari nafkah seperti mana keupayaan seseorang yang normal. Menurut Kamus Dewan Bahasa, mengistilahkan ilat sebagai sebab yang mengakibatkan sesuatu kecelakaan, kerugian atau tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan …

Baca Selanjutnya >

Pemakaian Kanta Lekap Yang Selamat

Pengenalan Pemakaian kanta lekap sangat mudah dan memberi banyak manfaat. Manfaat yang optimum dapat diperoleh sekiranya pemakai mengamalkan pemakaian dan penjagaan yang betul dan selamat. Antara amalan pemakaian tersebut termasuklah : Pembelian kanta lekap Dapatkan ujian tahap penglihatan, pengukuran kelengkungan kornea dan pemeriksaan kesihatan mata daripada optometris atau juruoptik berlesen. …

Baca Selanjutnya >