Home > Dottie (page 10)

Dottie

Disengat Serangga Berbisa

Sengatan serangga berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat berlakunya kejutan anafilaksis.

Baca Selanjutnya >

Pengurusan Tinitus

Tinitus adalah bunyi di dalam telinga yang hadir tanpa rangsangan bunyi luar. Ia boleh didengari di sebelah telinga, kedua-dua belah telinga, atau di dalam kepala. Secara amnya tinitus difahami sebagai desingan, atau dengungan di dalam telinga yang terjadi secara berterusan atau berselang-seli. Tinitus boleh berlaku kepada semua peringkat umur tetapi dianggarkan hanya 0.5% hingga 2% sahaja yang terjejas akibat tinitus.

Baca Selanjutnya >

Pekak Sebelah Telinga di Kalangan Kanak-kanak

Fakta berkaitan pekak sebelah telinga Pekak sebelah telinga turut dikenali dengan masalah pendengaran unilateral. Masalah pendengaran hanya terjadi pada sebelah telinga sahaja, manakala sebelah telinga lagi adalah normal. Tahap keterukan masalah pendengaran boleh terjadi dari tahap ringan hingga ke tahap sangat teruk. Antara faktor yang menyebabkan masalah pendengaran unilateral ialah …

Baca Selanjutnya >

Perut Buncit

Soalan 1 Apakah punca perut buncit dan apakah senaman yang sesuai untuk mengempis perut buncit? Jawapan 1 Terdapat banyak punca abdomen membesar atau perut buncit, iaitu : Pengumpulan lemak di bahagian perut. Masalah dalam abdomen seperti fibroid. Pengumpulan air dalam rongga abdomen (ascitis) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit. Hamil Sekiranya hasil …

Baca Selanjutnya >

Pendengaran Kita

Pengenalan Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang penting kepada setiap manusia. Pendengaran penting dalam proses komunikasi. Untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan, pendengaran yang normal adalah syarat yang penting. Walaubagaimanapun, masalah pendengaran merupakan masalah yang tersembunyi dan tidak dapat ditentukan melalui pemerhatian fizikal semata-mata. Ia hanya boleh dikesan setelah menjalani beberapa …

Baca Selanjutnya >

Sesak Nafas – FAQ

Apakah punca sesak nafas? Sesak nafas adalah keadaan yang mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal. Sekiranya seseorang itu mengalami sesak nafas dalam keadaan rehat, terdapat kemungkinan beliau mengalami masalah yang lebih serius. Sesak nafas boleh berlaku dalam 2 …

Baca Selanjutnya >

Sakit Kepala – FAQ

Apakah itu sakit kepala? Sakit yang dirasai di bahagian kepala (dahi ke tengkuk) dan boleh berlaku pada semua peringkat usia. Sakit kepala boleh hilang tanpa sebarang rawatan, hanya sakit kepala yang berpanjangan dan berulang sehingga mengakibatkan gangguan kepada aktiviti harian perlu melakukan pemeriksaan segera dengan doktor untuk mengenalpasti punca dan …

Baca Selanjutnya >

Masalah Perut – FAQ

Apakah cirit birit dan apakah penyebabnya? Cirit birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus, bakteria dan parasit. Ia juga disebabkan alahan kepada makanan, ubat-ubatan, pengawet makanan dan bahan kimia   Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat cirit-birit yang mengalami rehidrasi. Adalah penting untuk menggantikan air dan …

Baca Selanjutnya >