Aterosklerosis adalah penyakit kronik vaskular yang progresif dimana plak akan berkumpul di dinding arteri. Plak mengandungi deposit kolesterol dan lain-lain lipid, kalsium, dan sel radang yang juga dikenali sebagai makrofag Plak tersebut akan menimbulkan pelbagai komplikasi: Pertama, plak akan berkumpul di dinding arteri, dimana ia akan menyempit dan akhirnya menyekat pengaliran darah. Kedua, plak akan tertanggal daripada dinding arteri pada bila-bila masa dan arteri menjadi sempit serta-merta. Plak yang tertanggal ini juga dikenali sebagai trombus. Ketiga, plak akan melemahkan dinding arteri sehingga menyebabkan arteri membengkak dan menonjol keluar, ia dikenali sebagai aneurisme. Pendarahan dalaman yang parah akan berlaku sekiranya aneurisme pecah.
Aterosklerosis selalunya boleh menyebabkan serangan jantung, angin ahmar; kegagalan buah pinggang dan aneurisme aorta. Aterosklerosis adalah penyebab utama kematian dan hilang upaya. |
|
---|