Home > Laman Utama > Asma

Asma

 

Download:

 

 

Asma ialah penyakit kronik saluran pernafasan di dalam paru-paru.

Semasa pernafasan, udara yang mengandungi oksigen masuk melalui saluran pernafasan. Udara yang memasuki saluran pernafasan, lalu menerusi trakea, berpecah masuk ke dalam bronki, bronkiol dan akhirnya memasuki poket-poket kecil yang dipanggil alveolus di mana pertukaran gas akan berlaku.

Asma atau lelah adalah gangguan atau halangan kepada pernafasan akibat daripada keradangan dan kesempitan tiub-tiub bronkiol.

Apabila saluran pernafasan dalam paru-paru mengalami radang atau Inflammation saluran pernafasan menjadi sempit, otot-otot dinding saluran menguncup dan mengeluarkan lendir atau mucus.

Apabila berlakunya penyempitan saluran pernafasan, udara yang ada di dalam paru-paru tidak dapat keluar. Pesakit akan sukar bernafas, pernafasannya cepat dan pendek serta terdapat bunyi desiran atau wheezing.

Saluran pernafasan pesakit asma sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu seperti debu, bulu haiwan, perubahan cuaca, asap dan sebagainya yang boleh menyebabkan saluran tersebut menjadi sempit dengan tiba-tiba dan menyebabkan sukar bernafas.

Asma adalah penyakit keturunan. Walau bagaimanapun ahli keluarga pesakit tidak semestinya akan menghidapi asma.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda asma, dapatkan pemeriksaan dan pengesahan segera di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan.

A
Anemia Angioplasty Aplikasi Varnis Fluorida Asma Aterosklerosis