A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Apakah Dosimetri Iodin 124...

Apakah Dosimetri Iodin 124 (I-124)?

Dosimetri adalah pendekatan terbaik untuk menilai dos optimum Iodin 131 (I-131)bagi pesakit yang menghidap penyakit kanser tiroid. Kaedah penilaian ini biasanya digunakan untuk pesakit menerima I- 131 lebih daripada 7.4 GBq. Pada dasarnya, I-124 mempunyai sifat yang hampirsama dengan I-131, tetapi mempunyai kelebihan di dalam pengimejan tumor. I-124 adalah bahan radionuklid digunakan untuk melihat keadaan tumor tiroid yang berada di dalam badan pesakit.

Dosimetri adalah pendekatan terbaik untuk menilai dos optimum Iodin 131 (I-131)bagi pesakit yang menghidap penyakit kanser tiroid. Kaedah penilaian ini biasanya digunakan untuk pesakit menerima I- 131 lebih daripada 7.4 GBq. Pada dasarnya, I-124 mempunyai sifat yang hampirsama dengan I-131, tetapi mempunyai kelebihan di dalam pengimejan tumor. I-124 adalah bahan radionuklid digunakan untuk melihat keadaan tumor tiroid yang berada di dalam badan pesakit. Secara umumnya, I-124 akan menuju kepada kanser tiroid dan tisu tiroid. Ini membantu Pakar Perubatan Nuklear untuk mencari kedudukan kanser tiroid yang aktif. Kaedah kajian ini akan memastikan dos optimum diberikan kepada pesakit dan pada masa yang sama melindungi organ berisiko tinggi.

Bagaimanakah I- 124 berfungsi?

Pesakit akan diminta untuk menelan I-124 yang mempunyai keradioaktifan yang rendah (kurang daripada 50 MBq). I-124 akan diserap oleh tisu tiroid pesakit dan bahagian tumor tiroid yang aktif. Kebanyakan I-124 yang tidak diserap dalam tisu tiroid akan dikeluarkan daripadabadan pesakit melalui sistem perkumuhan dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam. I-124 yang diserap oleh tisu tiroid atau mana-mana tumor yang aktif akan berada lebih lama di dalam badan pesakit. I-124 yang berada dalam tubuh pesakit akan mengeluarkan sinar gamma (dari gabungan cas positron dan elektron), yang hanya boleh dilihat dengan kamera khas Positron Emission Tomography-Computed Tomography (PET -CT) seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1. Ini membolehkan Pakar Perubatan Nuklear melihat sisa tisu tiroid (jumlah yang kecil yang ditinggalkan selepas pembedahan pembuangan tiroid) dan di kawasan yang masih ada kanser tiroid seperti dalam Gambarajah 2 . Jumlah kandungan I-124 dalam badan dan darah juga akan diukur dengan menggunakan peralatan khas. Proses tersebut hanya mengambil masa kurang daripada lima minit bagi setiap sesi. Proses pengurangan I-124 daripada tubuh pesakit akan direkodkan dalam masa yangtertentu. Maklumat ini digunakan untuk membuat penilaian dos terapi I- 131 yang sesuai bagi setiap pesakit.

Gambarajah 1: Pengimejan PET-CT

Gambarajah 2: Imej I-124 PET-CT

Apa yang boleh saya jangkakan?

Biasanya, pada hari Jumaat pesakit akan diberikan bahan radionuklid I-124 yang berkeaktifan rendah (37 MBq).Kakitangan Perubatan Nuklear akan mengambil bacaan radiasi menerusi ukuran darah dan daripada tubuh badan bagi tempoh lima hari berikutnya. (Jumaat hingga Selasa).

Selepas 24 jam dan 72 jam pengambilan I-124, kamera PET–CT akan mengimbas imej kepala, leher, dan badan bagi menunjukkan lokasi serta mengukur keaktifan tisu tiroid serta tumor yang wujud dalam tubuh pesakit. Untuk proses imbasan tersebut, pesakit akan berbaring di atas meja kamera yang disediakan selama kira-kira 1 jam hingga 1 ½ jam.

Apakah kesan-kesan sampingan daripada dosimetri I-124?

Kesan-kesan sampingan daripada I-124 adalah sangat jarang dilaporkan, tetapi pesakit mungkin mengalami kulit gatal, ruam, atau gatal-gatal.

Pada hari ambilan dos I-124

Jangan makan atau minum apa-apa kecuali air selama 2 jam sebelum temujanji. Pesakit akan dikehendaki menjalani ujian darah sebelum menerima dos I-124.

Pesakit wanita hendaklah memaklumkan status kehamilan sebelum memulakan ujian dan ujian kehamilan akan dilakukan jika diperlukan. Wanita yang menyusukan anak tidak boleh menerima I-124, kerana ia akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Ia juga akan mendedahkan tisu payudara kepada radiasi tambahan berpunca daripada I-124yang berada di dalam susu.

Selepas Mengambil Dos Diagnostik I-124

Pesakit tidak digalakkan untuk mengambil apa-apa makanan kecuali air untuk dua jam pertama selepas mengambil I-124. Perut yang kosong akan memastikan badan pesakit menyerap I-124 secukupnya. Setiap pesakit akan disediakan jadual sepanjang lima hari untuk menjalani prosedur bagi pemeriksaan darah, pengukuran radiasi dari seluruh badan, dan sesi pengimejan PET-CT.

Berikut adalah jadual harian sampel untuk pesakit yang mempunyaimenjalani dosimetri PET-CT I-124 :

Hari
Jangkamasa
Waktu
Tindakan
Hari pertama Pengambilan I-124
1:00 PM
I-124 diambil oleh pesakit
Selepas 1 jam pengambilan I-124
2:00 PM
Pengukuran radiasi daripada pesakit
(pesakit dilarang pergi ke tandas)
Selepas 2 jam pengambilan I-124
3:00 PM
Pengukuran radiasi menerusi sampel darah dan daripada tubuh pesakit
Selepas 4 jam pengambilan I-124
5:00 PM
Pengukuran radiasi menerusi sampel darah dan daripada tubuh pesakit
Hari kedua Selepas 19 jam pengambilan I-124
8:00 AM
Pemeriksaan darah & Bacaan Radiasi dari pesakit
Selepas 24 jam pengambilan I-124
1:00 PM
Pengimejan PET-CT I-124 24jam 2D (10 minit 1 bed) dan pengimejan 3D (7 minit : 1 bed)
Hari ketiga Selepas 48 jam pengambilan I-124 1:00 PM Pengukuran radiasi menerusi sampel darah dan daripada tubuh pesakit
Hari keempat Selepas 72 jam pengambilan I-124 1:00 PM Pengukuran radiasi menerusi sampel darah dan daripada tubuh pesakit
Selepas 73 jam pengambilan I-124 2:00 PM Pengimejan PET-CT I-124 73 jam 2D (10 minit : 1 bed)
Hari kelima Selepas 96 jam pengambilan I-124 9:00 AM Pengukuran radiasi menerusi sampel darah dan daripada tubuh pesakit
  10:00 AM Pengimejan PET-CT F18-FDG

Hasil keputusan dosimetri I-124

Pakar Perubatan Nuklear akan menilai hasil kajianlaporan dosimetri I-124 oleh Pegawai Sains (Fizik) sebelum membenarkan pesakit menjalani rawatan I-131.

Rujukan

Jentzen, W., Hobbs, R. F., Stahl, A., Knust, J., Sgouros, G., & Bockisch, A. (2010). Pre-therapeutic 124I PET(/CT) dosimetry confirms low average absorbed doses per administered 131I activity to the salivary glands in radioiodine therapy of differentiated thyroid cancer. European Journal of Nuclear Medicine and Molecular Imaging, 37(5), 884–895.

Semakan Akhir : 31 Oktober 2017
Penulis/Penterjemah : Mohd Aminuddin bin Said
Akreditor : Mohd Hizwan bin Mohd Yahya

Artikel Berkaitan

Cara Kematian Dalam Aspek Forensik

Takrifan cara kematian adalah situasi yang menyebabkan suatu kematian itu berlaku. Ia adalah situasi atau keadaaan di mana berlangsungnya satu-satu proses fisiologi yang akhirnya menjurus kepada sesuatu kematian.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,188,958

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia