A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Genetik
  6. /
  7. Apa Itu Kromosom?

Apa Itu Kromosom?

Pendahuluan

Kromosom adalah makromolekul yang terdiri daripada molekul DNA yang diikat bersama protein histone membentuk gentian bebenang didalam sel nuklues. Kromosom berasal dari perkataan Greek yang bermaksud “badan berwarna”.

kromosom1

Sejarah Penemuan Kromosom

1866: Gregor Mendel mengeluarkan Hukum Pewarisan Mendel hasil kajiannya terhadap kacukan pokok pea

1882: Wather Flemming adalah orang yang pertama mengilustrasikan kromosom manusia. Beliau merujuknya sebagai kromatin dan pertama kali perkataan mitosis digunakan.

1888: Waldeyer memperkenalkan perkataan kromosom yang berasal dari perkataan Greek iaitu badan berwarna

1900: Boveri dan Sutton secara berasingan menghasilkan teori pewarisan kromosom yang membuktikan kromosom adalah agen pewarisan

1921: Theophilus Painter pertama kali mengatakan bilangan kromosom manusia ada 24. Sehingga tahun 1956, saintis baru menyedari bahawa bilangan kromosom manusia ada 23.

Kromosom Manusia

Kromosom manusia terdiri daripada :

  1. 22 autosom
  2. 2 kromosom seks (Kromosom X dan Kromosom Y)

Lelaki normal: 22 autosom, satu kromosom X dan satu kromosom Y

Wanita normal: 22 autosom , dua kromosom X

Struktur Kromosom

Struktur kromosom terdiri daripada satu pasang kromatid yang diikat oleh sentromer.Sentromer juga membahagikan kromatid pada 2 bahagian iaitu lengan p dan lengan q. Dihujung lengan kromosom terdapat Telomer yang berfungsi sebagai pelindung dari terdegradsinya DNA selepas pemecahan kromosom serta mencegah pelekatan antara hujung kromosom dengan kromosom yang lain.

kromosom2Jenis-Jenis Kromosom

Perbezaan kedudukan sentromer sepanjang kromatid membahagikan kromosom kepada tiga jenis:

  1. Metasentrik- kedudukan sentromer berada ditengah-tengah kromatid
  2. Submetasentrik- kedudukan sentromer berada diantara tengah dan hujung kromatid
  3. Akrosentrik-kedudukan sentromer dihujung kromatid

kromosom3Kariotip

Kariotip kromosom manusia disusun berdasarkan saiz dan posisi sentromer. Berdasarkan ciri di atas karyotip manusia disusun dalam 7 kumpulan:

Kumpulan
Ciri-ciri
Nombor Kromosom
A Metasentrik besar Kromosom 1-3
B Submetasentrik besar Kromosom 4-5
C Submetasentrik sederhana Kromosom 6-12, X
D Acrosentrik besar Kromosom 13-15
E Submetasentrik kecil Kromosom 16-18
F Metasentrik kecil Kromosom 19-20
G Akrosentrik kecil Kromosom 21-22, Y

kromosom4Mitosis Dan Meiosis

Kromosom dapat diperhatikan ketika proses pembahagian sel. Pembahagian sel terbahagi kepada dua:

  1. Mitosis bagi menghasilkan sel baru
  2. Meiosis bagi menghasilkan gamet

Mitosis terbahagi kepada 4 fasa iaitu Profasa, Metafasa, Anafasa, Telofasa:

kromosom5Meiosis terbahagi kepada 2:

  1. Meiosis 1- Bilangan Kromosom dikurangkan kepada separuh (diploid kepada haploid). Dua sel anak haplod dihasilkan.
  2. Meiosis 2 – Setiap daripada sel haploid membahagi secara mitosis membentuk 4 sel haploid

Setiapnya mempunyai 4 fasa:

  1. Meiosis 1- Profasa 1, Metafasa 1, Anafasa 1, Telofasa 1
  2. Meiosis 2- Profasa 2, Metafasa 2, Anafasa 2, Telofasa 2

Rujukan

  1. Steven L. Gersen, M. B. (2005). The Principles of Clinical Cytogenetics 2nd edition. Totowa,New Jersey: Humana Press.
  2. William S. Klug, M. R. (2007). Essentials of Genetics Sixth Edition. San Francisco: Pearson Benjamin Cummings.
Semakan Akhir : 02 Januari 2017
Penulis : Ahmad Akmal bin Ahmad
Akreditor : Aminah bt. Mekesat

Artikel Berkaitan

Pengendalian Mayat Tidak Dituntut

Penerimaan mayat yang tidak diketahui identitinya (‘Unknown’) dari dalam hospital atau dibawa oleh polis akan didaftarkan di dalam Buku Daftar Kematian. Sekiranya mayat tidak dituntut selepas tiga hari dari tempoh masa penerimaan mayat, ia diklasifikasikan sebagai mayat tidak dituntut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,234,967

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia