A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa Itu Kecederaan Kepala

Kecederaan otak boleh berlaku akibat daripada beberapa bentuk trauma di kepala

Pengenalan

Kecederaan otak boleh berlaku akibat daripada beberapa bentuk trauma di kepala iaitu :

  • Hentakan yang kuat secara langsung
  • Hentakan yang kuat secara tidak langsung

Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan

  • Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
  • Bengkak pada tisu otak
  • Kerosakan otak yang teruk.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan kematian. Kecederaan kepala juga boleh berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain, terutamanya leher.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko mendapat terhadap kecederaan kepala. Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah

  • Pengguna jalanraya
  • Pekerja-pekerja binaan
  • Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?

Pesakit yang mengalami kecederaan kepala mungkin menunjukkan tanda/gejala berikut:

  • Terlibat dalam trauma atau kemalangan
  • Bengkak atau luka pada kulit kepala
  • Sakit dan pening kepala
  • Kabur pandangan
  • Muntah
  • Hilang ingatan
  • Sawan
  • Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?

Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala yang serius mungkin berlaku:

  • Tahap kesedaran yang berkurangan
  • Mengantuk yang teramat sangat
  • Muntah yang berpanjangan
  • Sakit kepala yang teruk
  • Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
  • Tidak dapat bercakap dengan betul
  • Penglihatan semakin kabur

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?

Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala yang serius mungkin berlaku:

  • Tahap kesedaran yang berkurangan
  • Mengantuk yang teramat sangat
  • Muntah yang berpanjangan
  • Sakit kepala yang teruk
  • Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
  • Tidak dapat bercakap dengan betul
  • Penglihatan semakin kabur

Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?

Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke hospital/klinik. Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan ‘splint’ untuk mengelakkan pergerakan bahagian tubuh yang cedera. Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menunggu petugas yang terlatih tiba.

Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?

Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami. Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari. Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak, pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan kematian.

Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?

  1. Elakkan kemalangan
  2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:
    • Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:
      • Motosikal – pakai topi keledar dengan betul.
      • Kereta – pakai tali pinggang keledar.
    • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
  3. Bagi pekerja-pekerja binaan:
    • Pakai topi keselamatan setiap masa
    • Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.

Kumpulan Sokongan.

www.e-medicine.com www.trauma.org

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Muhammad Fadhli Mohd Yusoff
    Dr. Ahmad Tajuddin Mohamad Nor
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,107,357

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia