A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Antraks

Antraks adalah sejenis penyakit yang disebabkan kuman / bakteria yang membentuk spora, bernama bacillus anthracis. Kebanyakannya menjangkiti haiwan tetapi boleh menyebabkan demam yang serius kepada manusia sekiranya terdedah kepada spora ini. Ia menyerang kulit, usus atau paru-paru.

Antraks adalah sejenis penyakit yang disebabkan kuman / bakteria yang membentuk spora, bernama bacillus anthracis. Kebanyakannya menjangkiti haiwan tetapi boleh menyebabkan demam yang serius kepada manusia sekiranya terdedah kepada spora ini. Ia menyerang kulit, usus atau paru-paru. Antraks kini dijadikan senjata biologi moden. Manusia terutamanya petani dan individu yang bekerja di rumah sembelihan mungkin mendapat Antraks kulit daripada haiwan yang dijangkiti melalui dedahan kulit.

Manusia juga boleh mendapat antraks melalui sedutan udara dari alat-alat yang dijangkiti. Jangkitan antraks selalunya didiagnoskan melalui pengesahan kuman dari lepuhan kulit, darah atau cecair badan yang lain.

Tanda dan Gejala

Antraks terjadi melalui 3 cara:

  1. Antraks kulit adalah jenis yang paling biasa berlaku dan terjadi 1 – 2 hari selepas kulit tercalar dan terdedah kepada tanah, bahagian haiwan atau najis yang mengandungi spora. Kulit yang dijangkiti membentuk benjolan air kehitam-hitaman yang kemudiannya menjadi lepuhan dan ulser. Bakteria masuk ke dalam aliran darah dan menyebabkan keracunan darah
  2. Antraks Usus terjadi 2 – 5 hari selepas makan daging yang tercemar spora. Terjadi luka dan pendarahan pada dinding usus. Pesakit merasa loya, hilang selera makan, muntah, demam dan sakit perut, muntah berdarah dan cirit-birit. Keracunan dan kehilangan darah menyebabkan terjadinya renjatan (shock).
  3. Antraks Inhalasi kurang berlaku tetapi antara penyakit antraks yang paling serius; di mana spora disedut ke dalam paru-paru. Gejala seperti selesema terjadi 2 – 3 hari dengan tanda-tanda demam, batuk dan sesak nafas sebelum paru-paru berdarah, sama seperti seseorang yang lemas dalam darah sendiri. Kematian boleh berlaku dengan cepat di peringkat ini. Jenis ini adalah yang paling ditakuti kerana boleh dijadikan senjata biologi oleh pengganas.

Rawatan

Sekiranya anda percaya bahawa anda berisiko kepada pendedahan antraks:

  • Sebagai contoh anda bekerja dalam persekitaran mengandungi antraks, segera maklumkan kepada pihak berkuasa dan jalani ujian serta dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian dan penjagaan lanjutan. Jika terdapat tanda-tanda dan gejala selepas terdedah kepada haiwan atau produk haiwan di mana-mana bahagian dunia yang terdapat antraks, segera berjumpa doktor. Sebaik-baiknya dapatkan diagnosis dan rawatan awal.
  • Rawatan bagi ketiga-tiga jenis antraks di atas adalah bergantung kepada penggunaan antibiotik melalui mulut atau secara intravena (IV). Rawatan kebanyakannya berkesan jika mendapatkannya secepat yang mungkin.
  • Sesetengah jenis antraks menunjukkan respons kepada satu jenis antibiotik. Ciprofloxacin (Cipro), doxyxycline dan penisilin adalah rawatan antraks yang diterima pakai oleh FDA untuk kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun hanya doktor yang boleh menentukan pilihan antiobiotik atau kombinasi antiobiotik.
  • Rawatan yang digunakan boleh membunuh bakteria antraks. Namun, antiobiotik mungkin tidak berkesan bagi Antraks Inhalasi apabila gejala bertambah teruk disebabkan kuman telah mengeluarkan toksin yang banyak. Para saintis berusaha menghasilkan anti-toksin yang dapat meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh kuman antraks.
  • Sekiranya anda terdedah kepada antraks, doktor akan memberikan antibiotik selama 60 hari. Jika mendapat Antraks Inhalasi, anda akan dirujukkan ke hospital untuk mendapat rawatan dengan antibiotik intravena (IV).
  • Penyakit Antraks tidak merebak dari seorang ke seorang yang lain. Jadi pesakit antraks tidak perlu dikuarantin atau diasingkan. Jika anda ada kontak dengan pesakit antraks, anda tidak perlu bimbang, ini kerana anda hanya perlu dirawat sekiranya anda terdedah kepada sumber-sumber jangkitan antraks.

Pencegahan

Oleh demikian, walaupun antraks sejenis penyakit yang merbahaya, ianya boleh dicegah dan dirawat dengan tindakan berjaga-jaga dan berhati-hati, penggunaannya sebagai agen dana perang biologikal pada masa kini agak terhad, dengan terdapat tindakan pencegahan yang berkesan.

Apakah yang anda dan keluarga anda perlu lakukan untuk melindungi dari antraks?

Pertama, jangan panik. Risiko pendedahan kepada antraks adalah rendah, walaupun terdedah kepada spora antraks yang dikirim melalui pos.

Kedua, sediakan diri anda dengan maklumat untuk memahami sepenuhnya pencerobohan miroskopik ini.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Fuad Hashim
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Demam Denggi

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah atau ‘Dengue Shock Syndrome’ yang boleh membawa maut.

H1N1

Pada akhir Mac dan awal April tahun 2009, wabak jangkitan virus novel Influenza A H1N1 dikesan di Mexico. Virus ini kemudiannya menyebabkan pandemik selesema H1N1 tahun 2009.

Ujian Denggi

Pengenalan Ujian denggi adalah ujian yang dilakukan bagi mengesahkan seseorang

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,181,673

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia