A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Fakta Ubat
  6. /
  7. Antiviral Untuk Influenza

Antiviral Untuk Influenza

Apakah itu Influenza?

Influenza atau flu adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus influenza. Influenza A adalah disebabkan jangkitan virus H1N1.

Bagaimana Influenza merebak?

Virus H1N1 merebak melalui udara menerusi titisan yang terhasil daripada batuk dan selesema pesakit yang dijangkiti atau melalui sentuhan dengan pesakit yang dijangkiti.

Tanda dan simptom Jangkitan Virus H1N1

  • Demam dengan suhu melebihi 38°C
  • Simptom dan gejala pernafasan (batuk tanpa kahak, sakit tekak, sukar bernafas, hidung tersumbat)
  • Penat, sakit sendi/otot, sakit kepala, muntah dan sawan (bayi) dan
  • Cirit-birit dan konjunktivitis

Bagaimana boleh dijangkiti

Sentuhan atau berada berhampiran dengan individu yang telah didiagnos dengan influenza dalam tempoh 10 hari kemunculan simptom atau dengan sejarah lawatan ke kawasan yang telah dilaporkan terdapat kes influenza.

Kelegaan Secara Simptomatik

  1. Ambil ubat tahan sakit atau ubat demam seperti Paracetamol, dos yang dicadangkan adalah seperti berikut;
  2. Dewasa :

    • 500mg – 1000mg setiap 4 hingga 6 jam, maksimum 4g sehari
  3. Kanak-kanak:

      • Kanak-kanak sehingga 1 tahun : 60mg – 120mg/dos
        Kanak-kanak 1 hingga 5 tahun : 120mg – 240mg/dos
        Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun : 240mg – 480mg/dos
      *ulangi setiap 4 hingga 6 jam jika perlu, maksimum 4 dos dalam tempoh 24 jam
  4. Terdapat 2 jenis ubat antiviral yang boleh digunakan dalam rawatan influenza oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu oseltamivir sebagai rawatan pertama dan zanamivir sebagai rawatan alternatif.

Semua ubat antiviral hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor.

Rawatan dengan Ubat Antiviral: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Kedua-dua antiviral oseltamivir dan zanamivir digunakan untuk rawatan dan perlindungan jangkitan influenza.

Kegunaan dalam rawatan Influenza

Ubat-ubatan antiviral ini digunakan untuk mengurangkan tempoh mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, sakit sendi, batuk dan sakit tekak.

Rawatan awal amatlah digalakkan iaitu dalam tempoh 48 jam gejala bermula. Sekiranya rawatan dimulakan awal, ia lebih berkesan kerana keterukan dan tempoh simptom penyakit berkurangan.

Kegunaan dalam perlindungan jangkitan influenza

Ubat-ubatan ini tidak disyorkan sebagai ubat rutin bagi rawatan pencegahan (profilaksis) terhadap jangkitan influenza. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini boleh digunakan sebagai rawatan pencegahan terutamanya pada waktu berlaku wabak dan tidak ramai penduduk di kawasan tersebut menerima vaksin influenza.

Ubat
Rawatan& Dos
Oseltamivir
Kanak-kanak: (>1 tahun bergantung kepada berat badan)

Berat  badan dalam kg
Dos yang disyorkan untuk 5 hari
< 15 kg 30 mg, 2 kali sehari
15 to 23 kg 45 mg,2 kali sehari
23 to 40 kg 60 mg,2 kali sehari
> 40 kg 75 mg,2 kali sehari

Dewasa&remaja> 13 tahun :
75 mg, 2 kali sehari selama 5 hari
Sediaan:

  • Kapsul  Oseltamivir 75 mg
  • Serbuk untuk bancuhan (oral) 12mg/ml
  • Serbuk untuk bancuhan (oral) 60mg/5ml
Zanamivir
Kanak-kanak: 5  tahun , 10 mg (2 sedutan)   2 kali sehari  selama 5 hari.
Dewasa: 10mg (2 sedutan) 2 kali sehari selama  5hari.
Sediaan::

  • Disk  Sedutan Zanamivir —5mg/sedutan

Cara pengambilan:

Ubat antiviral ini boleh diambil sebelum atau selepas makan, tetapi pengambilan bersama susu atau makan boleh mengurangkan risiko ketidakselesaan pada perut.

Bagi larutan oral, teknik pembancuhan adalah seperti berikut:

  • Tepuk botol bagi meleraikan serbuk ubat
  • Tambahkan jumlah air seperti yang dinyatakan pada label
  • Larutan yang terhasil adalah dengan kepekatan 12mg/ml

Terlupa dos:

Sekiranya anda terlupa atau tertinggal dos

  • Ambil dos sebaik sahaja anda teringat
  • Sekiranya telah hampir dengan waktu pengambilan dos yang seterusnya, abaikan dos tersebut dan ambil dos pada waktu berikutnya.
  • Jangan gandakan dos anda untuk menggantikan dos yang tertinggal

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa dialami semasa pengambilan ubat antiviral termasuklah loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Walau bagaimanapun, Zanamivir boleh menyebabkab bronchospasm (kesukaran untuk bernafas), batuk, hidung tersumbat. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengesyaki atau mengalami kesan sampingan.

Amalan terbaik bagi rawatan Influenza:

  • Minum air dengan banyak
  • Dapatkan rehat secukupnya
  • Hadkan pengambilan alkohol dan rokok
  • Hadkan perjalanan anda terutama ke kawasan yang diketahui mempunyai kes influenza
  • Gunakan penutup hidung dan mulut jika perlu
  • Amalkan mencuci tangan terutamanya selepas batuk atau bersin
  • Elakkan berada di tempat yang sesak

Penyimpanan:

  • Simpan ubat pada suhu bilik, jauhkan daripada kepanasan yang melampau atau kelembapan
  • Simpan larutan yang telahdibancuh di dalam peti sejuk, jangan bekukan
  • Buang baki larutan yang telah dibancuh selepas 10 hari dari tarikh bancuhan atau ubat yang telah tiba tarikh luput
  • Jauhkan daripada kanak-kanak

Perhatian, maklumkan kepada doktor anda:

  • Sekiranya anda mempunyai alahan kepada oseltamivir dan zanamivir
  • Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan lain termasuklah sediaan tradisional
  • Sekiranya anda mempunyai masalah dengan fungsi buah pinggang, jantung, penyakit hati atau paru-paru, HIV atau AIDS
  • Sekiranya anda mengandung atau merancang untuk hamil atau menyusukan anak
  • Bagi zanamivir, maklumkan kepada doktor sekiranya anda penghidap penyakit asma atau menghadapi kesukaran untuk bernafas

Pastikan risalah produk dibaca dan difahami.

  • Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, bertanyalah kepada ahli farmasi atau doktor.
  • Jangan berkongsi ubat-ubatan anda dengan orang lain walaupun individu tersebut mempunyai gejala yang sama.
  • Jangan berhenti mengambil ubat anda atau mengubah dos tanpa bertanya terlebih dahulu kepada doktor.
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin
Akreditor : Che Pun bt. Bujang

 

Artikel Berkaitan

Produk Pemutih/Pencerah Kulit

Produk pemutih/pencerah kulit yang dibenarkan dalam pasaran adalah merujuk kepada krim, losyen atau sediaan lain yang digunakan secara luaran sahaja. Ianya sama sekali tidak termasuk produk yang digunakan secara suntikan atau dimakan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,268,768

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia