Transkipsi
CARA MELAKUKAN ‘ANGKAT BIBIR’
Pertumbuhan gigi anak anda mungkin boleh berlaku seawal 6 bulan . oleh itu Pemeriksaan gigi perlu dilakukan sebaik sahaja gigi pertama tumbuh. Ini dilakukan secara berkala bagi mengesan tanda-tanda awal kerosakan gigi.
Pemeriksaan mulut anak anda boleh dilakukan dengan cara yang berikut:
- Pastikan anda dan anak anda berada dalam keadaan duduk yang selesa, kemudian angkat bibir anak anda dengan berhati-hati menggunakan jari.
Sekiranya anak anda berumur lebih dari dua tahun , dia boleh duduk secara berhadapan anda untuk pemeriksaan.
- Periksa empat (4) gigi hadapan di bahagian atas dan gigi lain di bawah dan belakang mulut.
APA YANG PERLU DIKESAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda kesan dan beri perhatian.
Beri perhatian pada gigi yang sedia ada dan yang baru tumbuh, kemudian kira bilangan gigi yang telah tumbuh.
- perhatikan keadaan kebersihan giginya.
- Perhatikan tanda – tanda awal karies gigi seperti pembentukan garisan putih kekapuran atau bintik-bintik kekuningan pada gigi.
- sekiranya terdapat tanda-tanda ini, anda perlu membawa anak anda ke klinik pergigian untuk mendapatkan nasihat dan rawatan
PANDUAN PENTING UNTUK IBU BAPA
- Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak menjaga kebersihan gigi dan mulut dari usia kecil lagi.
- Bersihkan atau berus gigi anak anda dengan teliti, sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama selepas makan dan sebelum masuk tidur.
- Susu ibu adalah terbaik untuk bayi anda.
- Jika anda terpaksa menggunakan botol susu, jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan di dalam mulutnya kerana gigi akan mudah rosak: keadaan ini dikenali sebagai karies botol susu.
- Galakkan penggunaan cawan apabila bayi berumur lebih 6 bulan
- Anda boleh mula membawa anak anda untuk pemeriksaan gigi apabila mencapai usia satu tahun.
- Jadikanlah pemeriksaan angkat bibir berkala ini sebagai satu amalan supaya kesihatan gigi anak anda kekal sihat.
|