A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Angioplasti Koronari

Apakah angioplasti koronari

Angioplasti koronari adalah prosedur yang  digunakan untuk membuka saluran darah atau arteri jantung yang sempit atau tersumbat. Prosedur ini memulihkan aliran darah ke otot jantung.

Semakin usia meningkat, bahan-bahan berlilin dipanggil plak boleh terkumpul di dalam arteri. Keadaan ini dikenali sebagai aterosklerosis. Aterosklerosis boleh menyebabkan penyempitan atau penyumbatan di dalam rongga arteri.

Aterosklerosis boleh berlaku di dalam sebarang arteri di dalam badan. Apabila aterosklerosis berlaku di dalam arteri koronari, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari atau “Coronary Artery disease (CAD)”.

Angioplasti boleh memulihkan aliran darah ke arteri koronari. Prosedur ini digunakan untuk mengurangkan gejala sakit jantung seperti sakit  dada. Prosedur ini juga boleh mengurangkan kerosakan otot jantung apabila terkena serangan jantung.

Siapakah yang memerlukan angioplasti koronari

Pesakit yang mempunyai arteri koronari yang sempit atau tersumbat mungkin  disyorkan untuk menjalani prosedur angioplasti.

Angioplasti mempunyai beberapa kelebihan iaitu:

  • Tidak memerlukan pembedahan jantung terbuka
  • Tidak memerlukan bius penuh
  • Masa pemulihan yang lebih pendek

Angioplasti adalah salah satu rawatan untuk CAD. Selain dari itu ubat-ubatan dan pembedahan pintasan jantung juga diguna untuk merawat penyakit jantung koronari.

Pembedahan pintasan jantung adalah sejenis pembedahan di mana arteri yang sihat atau salur darah dari badan disambungkan kepada hujung arteri koronari yang tersumbat. Arteri atau salur darah dihubung memintas bahagian arteri koronari yang tersumbat atau sempit. Ini meningkatkan aliran darah ke jantung.

Angioplasti juga adalah rawatan kecemasan untuk serangan jantung. Kepantasan membuka arteri yang tersumbat atau sempit akan mengembalikan aliran darah ke jantung. Ini dapat mengurangkan kerosakan otot jantung.

Di mana prosedur angioplasti dilakukan

Angioplasti koronari dilakukan di hospital oleh pakar kardiologi. Pakar kardiologi adalah seorang doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat penyakit jantung.

Sebelum prosedur dijadualkan pakar kardiologi akan melihat sejarah perubatan anda dan mengkaji ubat-ubatan yang anda ambil. Kemudian beliau akan melakukan pemeriksaan fizikal dan bercakap dengan anda tentang prosedur dan risiko prosedur.

Doktor anda juga mungkin mencadangkan ujian darah, elektrokardiogram dan dada xray.

Prosedur angioplasti

Semasa angioplasti, doktor akan  memasukkan kateter belon khas ke dalam arteri di pangkal paha. Kemudian, kateter  di pandu ke arah bahagian salur darah yang tersumbat atau sempit. Apabila kateter belon diletakkan di bahagian yang tersumbat, ia akan digelembungkan dan di dikempiskan beberapa kali.

Apabila belon itu mengembang, secara ringkas ia menghalang aliran darah.Ini mungkin menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan dada. Jika ini berlaku, anda perlu memberitahu doktor anda, ubat penahan sakit boleh diberi. Prosedur berjaya apabila, plak dimampatkan ke bahagian dinding arteri dan aliran darah dipulihkan.

Prosedur Sten

Doktor anda boleh meletakkan sten dalam arteri anda jika perlu. Sten adalah alat berupa jaring titanium yang boleh dikembangkan. Ia dipasang pada kateter belon. Ini adalah sama dengan kateter belon dengan yang digunakan untuk angioplasti.

Sten dan belon akan dipandu ke kawasan yang tersumbat. Selepas itu sten akan dikembangkan dan plak termampat ke dinding arteri. Sten menyokong arteri dan membantu ia tetap terbuka untuk jangka masa yang lebih lama.

Selepas sten telah diletakkan, tisu akan tumbuh meliputi sten untuk membantu mengekalkan kedudukannya. Sten tidak akan bergerak di dalam badan anda.

Apakah Risiko Angioplasti Koronari

Koronari angioplasti adalah prosedur perubatan biasa. Komplikasi yang serius jarang  berlaku. Namun ia mungkin berlaku walaupun doktor anda telah berhati-hati melakukan prosedur tersebut.

Komplikasi angioplasti adalah:

  • Ketidakselesaan dan pendarahan di tapak kateter dimasukkan.
  • Kerosakan saluran darah akibat kateter.
  • Reaksi alahan kepada pewarna yangdigunakan semasa angioplasti.
  • Aritmia iaitu degupan jantung tidak teratur.
  • Keperluan untuk kecemasan pintasan arteri koronari cantuman semasa prosedur(kurang daripada 3 peratus daripada orang).Ini mungkin berlaku jika arteri tertutup semula selepas dibuka.
  • Kerosakan buah pinggang disebabkan oleh pewarna yang digunakan semasa angioplasti.
  • Serangan jantung(3-5peratus).
  • Strok(kurang daripada 1 peratus).
  • Kadang-kadang sakit dada boleh berlaku semasa angioplasti kerana  secara ringkas belon menghalang bekalan darah ke jantung apabila dikembangkan.
  • Seperti mana-mana prosedur yang melibatkan jantung, komplikasi kadang-kadang boleh membawa maut. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku dengan koronari angioplasti. Kurang daripada 2 peratus daripada maut semasa prosedur.

Risiko komplikasi yang lebih tinggi dalam:

  • Mereka yang berumur 65 tahun ke atas.
  • Mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
  • Orang-orang yang berada dalam kejutan jantung (shock).
  • Orang yang mempunyai penyakit jantung yang parah (banyak arteri tersumbat).

Komplika sisten

Restenosis

Satu lagi masalah yang boleh berlaku selepas angioplasti ialah pertumbuhan tisu terlalu  banyak dalam bahagian arteri yang dirawat. Ini boleh menyebabkan arteri menjadi sempit atau tersumbat lagi, selalunya dalam masa 6 bulan. Komplikasi ini dipanggil restenosis.

Semakan Akhir : 5 Ogos 2013
Penulis : Dr. Ainol Shareha bt. Sahar

 

Artikel Berkaitan

Kaca Mata Hitam

Pengenalan Kaca mata hitam adalah alat pelindung mata yang digunakan

Tiroid

Soalan 1 Apakah kelenjar tiroid dan apakah fungsinya? Jawapan 1

Kekurangan Iodin

Iodin merupakan mikronutrien yang digunakan oleh badan untuk membuat hormon

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,341,274

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia