Anemia adalah kekurangan sel darah merah yang matang atau hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Paras hemoglobin yang normal adalah di antara 13.8 hingga 18.0 grams per deciliter untuk lelaki dan 12.1 hingga 15.1 grams per deciliter untuk perempuan. Proses pembentukan dan pengeluaran sel darah merah berlaku dalam tulang sumsum, di bantu oleh buah pinggang dan nutrisi yang mencukupi (terutama zat besi). Sekiranya buah pinggang atau tulang sumsum tidak berfungsi atau kekurangan nutrisi ini akan menyebabkan jumlah sel darah merah berkurangan. Sebab-sebab terjadinya anemia: 1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik):
2. Kekurangan pembentukan sel darah merah dari tulang sumsum di sebabkan oleh :
3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan, mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesetengah jenis ubatan dan antibiotik. Tanda-tanda anemia adalah
Tanda-tanda ini berbeza bergantung kepada tahapnya. Komplikasi Jika keadaan anemia tidak dirawat ia boleh menyebabkan:
Rawatan Sekiranya terdapat tanda-tanda anemia, pemeriksaan hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda. Rawatan anemia bergantung kepada jenis anemia yang dihadapi:
Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Jika mengambil pil tambahan zat besi adalah dinasihatkan untuk mengambilnya bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan. |
|
---|