A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Alat Bantu Dengar

Pengenalan

Alat bantu dengar ialah alat elektronik yang menggunakan kuasa bateri yang berfungsi untuk menguatkan bunyi bagi membantu pendengaran dan komunikasi yang lebih baik.

Komponen komponen alat bantu dengar dan bagaimana cara ia berfungsi

Alat bantu dengar mengandungi 4 bahagian :

  1. mikrofon
  2. amplifier
  3. fon telinga/pembesar suara
  4. bateri

Alat bantu dengar menerima bunyi melalui mikrofon yang kemudiannya menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik. Amplifier akan menambahkan signal tersebut dan menghantar ke telinga melalui fon telinga ataupun pembesar suara.

Jenis-jenis alat bantu dengar

Tiga jenis utama:

  1. Alat bantu dengar boleh ubah analog
    • Berdasarkan tahap pendengaran seseorang
    • Menguatkan suara dan juga bunyi
    • Murah
  2. Alat bantu dengar analog yang diprogramkan
    • Berdasarkan tahap pendengaran
    • Diprogramkan untuk pelbagai keadaan atau situasi
  3. Alat bantu dengar digital yang boleh diprogramkan
    • Mengubah bunyi mengikut persekitaran secara automatik
    • Mengurangkan bunyi yang tidak diingini
    • Harga lebih mahal

Jenis-jenis alat bantu dengar yang selalu digunakan:

  • Alat bantu dengar belakang telinga

  • Alat bantu dengar dalam telinga

  • Alat bantu dengar dalam saluran telinga

Siapakah yang memerlukan alat bantu dengar?

  • Seseorang yang mengalami kerosakan pendengaran yang teruk sehingga menjejaskan kebolehan mendengar dan berkomunikasi dan prestasi kerja
  • Keputusan untuk menggunakan alat bantu dengar selalunya dibuat oleh pesakit sendiri atas nasihat Audiologist(Pegawai pemulihan pendengaran)
  • Faktor-faktor berikut perlu diambilkira:
    • tahap pendengaran berdasarkan ujian pendengaran
    • jenis pekerjaan
    • aktiviti di rumah dan tempat kerja
    • masalah fizikal
    • masalah perubatan
    • penampilan diri
    • status kewangan
    • kos alat bantu dengar
  • Penggunaan alat bantu dengar di satu telinga sahaja mungkin mencukupi tetapi pengunaan di kedua dua telinga akan membantu memudahkan pendengaran di tempat bising serta mengenalpasti punca bunyi

Nasihat

  • Pemilihan alat bantu dengar yang betul adalah perlu
  • Dapatkan nasihat dari pegawai pemulihan pendengaran(audiologist) yang terlatih sahaja
  • Penggunaan alat bantu dengar mengambil masa dan kesabaran
  • Pemakaian alat bantu dengar adalah proses yang berperingkat-peringkat
  • Belajar cara mengendalikan alat bantu dengar dengan betul.
  • Hubungi Audiologist sekiranya anda mengalami masalah berikut:
    • Alat bantu dengar tidak berfungsi
    • Penggunaan alat menjadi tidak selesa
    • Bunyi suara sendiri menjadi terlalu kuat
    • Bunyi berdesing dari alat bantu dengar
    • Bunyi persekitaran yang sangat kuat
  • Padamkan alat bantu dengar sekiranya tidak digunakan

Nasihat dalam penjagaan alat bantu dengar

Berikut adalah cadangan yang boleh membantu:

  • Jauhkan dari haba dan kelembapan
  • Tukar bateri yang lemah dengan segera
  • Bersihkan alat bantu dengar mengikut arahan yang diberikan.
  • Elakkan dari menggunakan penyembur rambut atau produk yang berkaitan semasa menggunakan alat bantu dengar
  • Padamkan alat bantu dengar sekiranya tidak digunakan
  • Simpan bateri tambahan serta komponen-komponen kecil jauh dari kanak-kanak dan binatang

Rehabilitasi

Khidmat nasihat berkenaan alat bantu dengar daripada pegawai pemulihan pendengaran (Audiologist) Khidmat pegawai pemulihan pertuturan(speech therapist) diperlukan dalam sesetengah kes

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Iskandar Hailani
Penyemak : Dato’ Dr. Narizan Ariffin

 

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kapal

Pengenalan Kapal merupakan kenderaan pengangkutan terawal digunakan untuk urusan perdagangan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,951,318

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia