A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa Itu alahan?

  • Alahan bermaksud perubahan aktiviti.

  • Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan [1].

  • Reaksi alahan :

    • ringan (contohnya: rasa loya, pening).

    • serius (contohnya: sukar bernafas, tidak selesa pada bahagian dada).

    • berlaku dengan serta merta atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.

    • berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Apakah Penyebabnya?

Antara penyebabnya adalah seperti berikut :

  • Tumbuh-tumbuhan

    • Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara.

  • Makanan

    • Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah [1] :

      • telur.

      • susu.

      • gandum.

      • kekacang (khususnya kacang tanah).

      • ikan, udang dan makanan laut lain.

  • Ubat-ubatan

    • Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan oleh sistem imun yang hipersensitif.

    • Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab lazim di dalam kes alahan ini [1].

Apakah Hubungkait Alahan Dengan Pemeriksaan X-ray?

  • Bahan ubatan (media kontras) yang digunakan semasa pemeriksaan X-ray boleh menyebabkan tindak balas hipersensitif.

    • Media kontras (Gambar 1) adalah bahan yang digunakan untuk memperjelaskan sesuatu struktur atau cecair dalam badan.

    • Digunakan untuk melihat struktur atau patologi yang dikehendaki dengan lebih jelas (Gambar 2).

    • Ia biasanya dimasukkan melalui salur darah atau dicampur bersama air kosong untuk diminum. Kaedah ini digunakan mengikut jenis pemeriksaan yang akan dijalankan.

  • Sekiranya anda mengalami alahan, terdapat beberapa langkah persediaan  yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan X-ray berkontras.

  • Bahan media kontras akan memberikan kesan sampingan kepada anda yang mempunyai alahan jika langkah persediaan tidak dipatuhi.

  • Biasanya anda akan diberikan sejenis ubatan (steroid) sebelum pemeriksaan dijalankan, sekiranya anda mengalami sebarang tindak balas hipersensitif.

allergy_1 Gambar 1: Media kontras

Sumber: thepainsource.com/radiopaque-contrast-use-in-pain-medicine

allergy_2Gambar 2: Imbasan CT Pulmonari Angiografi berkontras.

Sumber: www.lungindia.com/viewimage.asp?img=LungIndia_2013_30_4_365_120627_f3.jpg

Antara Pesakit Yang Berpotensi Mendapat Reaksi Alahan Bahan Media Kontras

  • Pesakit yang pernah mengalami (sejarah alahan) reaksi anafilaksis, mereka berkemungkinan untuk mendapat reaksi alahan.

  • Pesakit yang mempunyai sejarah asma.

  • Pesakit yang mengalami alahan kepada makanan dan ubat-ubatan yang tertentu.

Perhatian: sekiranya anda tergolong dalam kategori di atas sila maklumkan kepada doktor yang merawat anda dan kepada Juru X-ray yang bertugas pada hari pemeriksaan.

Tanda/ gejala Reaksi Alahan Bahan Media Kontras

  • Tanda-tanda dan gejala tindak balas hipersensitif yang biasa dilihat ialah:

    • Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.

    • Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.

    • Mual

    • Muntah

    • Gatal dan mata berair

    • Kesukaran bernafas

    • Tidak selesa pada bahagian dada

    • Pening

  • Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan makanan laut, walaupun ia sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan.

Kaedah Rawatan Jika Terdapat Kesan Alahan Bahan Media Kontras

  • Sekiranya anda mengalami gejala akibat tindak balas hipersensitif kepada bahan media kontras, segera hubungi doktor anda untuk mengetahui tentang rawatan sewajarnya.

  • Pihak hospital akan sentiasa menyediakan keperluan untuk menghadapi segala kecemasan kepada alahan.

  • Bagi gejala yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit, rawatan biasa diberikan ialah ubat antihistamin, tetapi sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas, tidak selesa pada bahagian dada, pening atau lain-lain gejala yang semakin teruk, rawatan yang lebih intensif akan diberikan.

Langkah Pencegahan Yang Perlu Dilakukan

  • Kaedah yang paling selamat untuk mencegah tindak balas hipersensitif kepada bahan media kontras dari berlaku ialah patuhi setiap nasihat tentang persediaan pesakit untuk menjalani pemeriksaan yang menggunakan bahan media kontras ketika mendapatkan tarikh temujanji.

  • Sekiranya perlu, makan ubat mengikut nasihat doktor.

  • Anda perlu memaklumkan kepada doktor dan juru X-ray yang bertugas sekiranya mengalami alahan ataupun asma.

  • Kerjasama daripada anda sangat dititikberatkan supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

Rujukan

  1. S. Sulastri, 2004, Alahan Makanan, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia.

  2. thepainsource.com/radiopaque-contrast-use-in-pain-medicine (20 Jan 2014).

  3. www.lungindia.com/viewimage.asp?img=LungIndia_2013_30_4_365_120627_f3.jpg (20 Jan 2014).

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Erliananiza binti Mohd Salim
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

Sumbang Mahram – Keprihatinan Masyarakat Terhadap Isu Kekeluargaan

Isu sumbang mahram adalah kompleks dan ia adalah kejadian yang sering kali dilaporkan dalam masyarakat. Bagaimanapun, walau dengan peruntukan undang-undang sedia ada, isu sumbang mahram masih menjadi isu yang mendapat tempat di media-media serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa. Ini disebabkan dinamiknya; mangsa merupakan anak-anak kecil yang mudah diugut atau dimanipulasi untuk bersetuju atas perbuatan yang dilakukan, merahsiakan perbuatan yang berlaku, ibu bapa mungkin tidak dilatih untuk mengenali tanda – tanda penderaan seksual kanak-kanak, ibu bapa yang tidak tahu untuk melaporkan kejadian yang berlaku serta kekurangan sistem sokongan yang disediakan atau pelbagai faktor–faktor lain.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,206,264

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia