A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Alahan
  6. /
  7. Alahan Protein Susu Lembu

Alahan Protein Susu Lembu

CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun "lactose intolerance". Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.

CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.

CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.

Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.

Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :

  • Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
  • Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).

Gejala-gejala CMPA

  1. Kulit :

    • Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
    • Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.
  2. Paru-paru
    • Sesak nafas, berdehit.
  3. Usus
    • Cirit-birit.
    • Muntah.
    • Najis berdarah.

Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA

Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami “anaphylaxis shock”. Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.

Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.

Rawatan

Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.

Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.

Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.

Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing.

Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat nasihat doktor.

Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Alvin Khoh Kim Mun
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Alahan Makanan

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

Alahan Telur

Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur kepada anak mereka.

Alahan Kekacang

Kacang adalah makanan biasa yang sering memberi alahan kepada seseorang. Alahan kekacang ialah tindak balas badan yang keterlaluan kepada kekacang tersebut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,228,925

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia