A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Ortopedik
  8. /
  9. Aktiviti Terapeutik Untuk Pesakit...

Aktiviti Terapeutik Untuk Pesakit CTS

Aktiviti teraputik merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan sepanjang hari bagi memenuhi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, kerja dan komuniti.

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?

CTS adalah keadaan di mana tangan anda merasa kebas, sakit dan kadangkala rasa seperti menyucuk-nyucuk dari tapak tangan hingga ke hujung-hujung jari. Gejala ini menyebabkan tangan lemah untuk menggenggam dan juga mengganggu dalam perlaksanaan aktiviti harian. Bagi yang bekerja, kekerapan menaip pada papan kekunci komputer juga boleh menyebabkan anda mendapat gejala CTS.

Gejala ini juga kerapkali membuatkan anda terjaga pada waktu malam kerana rasa kebas yang amat sangat, sakit pada tangan dan hujung-hujung jari. Ada pula sesetengah orang yang mengalami gejala ini bangun dan menggoncangkan tangan mereka bagi mengurangkan gejala tersebut. Apabila bangun dari tidur, mereka akan rasa tangan seperti bengkak dan sukar untuk menggenggam.

  

Menurut kajian, gejala ini terjadi disebabkan oleh tekanan pada saraf median yang terletak di dalam terowong pergelangan tangan anda. Saraf ini membolehkan anda merasa apa yang anda sentuh dan juga membolehkan jari anda memegang dan mengangkat objek. Apabila saraf ini tertekan, ia mengganggu fungsi utama saraf tersebut dan  menyebabkan anda rasa kebas dan seterusnya tangan anda akan rasa lemah untuk memegang objek.

Aktiviti Teraputik Untuk Pesakit CTS.

Aktiviti teraputik merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan sepanjang hari bagi memenuhi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, kerja dan komuniti. Apabila mengalami CTS, sedikit sebanyak proses melaksanakan aktiviti ini akan terganggu. Bagi melancarkan perlaksanaan aktiviti tersebut beberapa aktiviti teraputik berikut boleh digunakan.

  1. Menggunakan peralatan yang lebih mudah seperti:
  • Mesin pengisar berbanding lesung batu / penggiling
  • Troli untuk memindah barang
  • Membahagikan komponen besar kepada kecil sebelum di angkat
  • Membuat perancangan sebelum melaksanakan sesuatu tugas.
  • Mengagih-agihkan tugas.

2. Menggunakan alat sokongan seperti splint untuk menghadkan pergerakan berulang-ulang pada pergelangan tangan.

 

Alat sokongan ini bertujuan untuk mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan dan mengelakkan pergerakkan yang berulang-ulang seperti menaip, mencincang dan menulis. Anda adalah digalakkan memakai splint ini waktu siang semasa melakukan aktiviti harian dan juga pada waktu malam semasa anda tidur. Adalah penting bagi anda untuk mendapatkan alat sokongan yang betul bagi mengurangkan gejala CTS.

 

3. Melakukan senaman ringan untuk tangan.

Adalah penting bagi kita mencegah gejala ini dari menjadi lebih serius yang boleh menyebabkan anda hilang keupayaan untuk menjalankan aktiviti harian secara berdikari. Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Rujukan

  1. Occupational Therapy for Physical Dysfunction (6th Edition).Catherine A. Trombly Latham.
  2. Scott, Kevin R.; Kothari, Milind J. (October 5, 2009). “ Treatment of carpal tunnel syndrome”
  3. McCartan, B; Ashby, E; Taylor, EJ; Haddad, FS (2012 Apr). “Carpal tunnel syndrome.” British journal of hospital medicine (London, England: 2005) 73 (4): 199–202.
  4. Fuller, David A. (September 22, 2010).”Carpal Tunnel Syndrome”. eMedicine.
  5. Foster, M. (2002) “Theoretical Frameworks”, In: Occupational Therapy and Physical Dysfunction, Eds. Turner, Foster & Johnson.
  6. Colman, W. (1992). Maintaining autonomy: The struggle between occupational therapy and physical medicine. American Journal of Occupational Therapy, 46, 63-70.
  7. Brownson, C. A.; Scaffa, M. E. (2001). “Occupational therapy in the promotion of health and the prevention of disease and disability statement”. American Journal of Occupational Therapy 55 (6).

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Pn. Juliana Binti Ibrahim
Akreditor : Pn. Jamilah Binti Abdul Kuthoos
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

ALAT PEMAMPAS TISU

Alat pemampas tisu digunakan untuk menggantikan bahagian badan yang tidak rata atau tisu badan yang tiada akibat pembedahan dengan meletakkannya terus ke permukaan kulit pesakit tanpa sebarang jarak pemisah antaranya agar taburan dos sinaran diagihkan secara sekata kepada kawasan rawatan dan dapat memastikan rawatan diberikan tepat mengikut pelan rawatan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,198,681

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia