A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Aktiviti Harian (ADL) untuk Pesakit Strok / Angin Ahmar

Apa itu Aktiviti Harian (ADL)?

Aktiviti harian adalah komponen utama pengurusan dan penjagaan diri sendiri dalam konteks persekitaran. ADL terdiri daripada dua komponen utama iaitu aktiviti harian asas (BADL) dan aktiviti harian instrumental (IADL).

BADL merujuk kepada pengurusan diri sendiri antaranya adalah berhias diri, makan, mandi, berpakaian, ke tandas, bergerak dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dalam persekitaran hidup.

IADL pula memerlukan interaksi yang meluas dengan persekitaran secara fizikal dan sosial antaranya adalah menguruskan tempat tinggal, kewangan, penggunaan kemudahan peralatan komunikasi dan penggunaan kemudahan peralatan komunikasi dan pengangkutan dalam komuniti.

Kepentingan Melakukan Aktiviti Harian Sendiri

  • Dapat meningkatkan tahap berdikari

  • Membantu mengurangkan beban penjaga

  • Membantu menambah baik kualiti hidup secara amnya

  • Membantu kecergasan fizikal anggota badan yang lemah

Faktor Yang Menghalang Pesakit Strok Untuk Melakukan ADL

  • Masalah gangguan fungsi fizikal dan kognitif

  • Fungsi anggota yang terlibat lemah

  • Masalah keseimbangan badan dan pergerakan

  • Masalah posture badan yang tidak sekata ‘symmetrical

  • Tonus otot yang hypertonia / hypotonia

  • Percakapan yang tidak jelas

  • Gangguan daripada segi psikologi seperti kurang motivasi dan cepat letih

Tip Cara Pemakaian

Prinsip Asas – amalkan teknik pemakaian sebelah tangan “One handed dressing method”

  • Lakukan aktiviti ini di tempat yang selamat dan selesa, dalam kedudukan duduk dan secara perlahan-lahan mengikut keupayaan diri sendiri.

Langkah-langkah memakai baju :

Letakkan kemeja di atas paha/meja, bahagian kolar kemeja mengarah ke atas.

Masukkan tangan lemah ke dalam lengan baju dan tarik lengan baju ke paras bahu.

Tarik kolar kemeja ke arah belakang bahu yang kuat.

Masukkan tangan kuat ke dalam lengan baju.

Butangkan baju bermula daripada butang bawah ke atas dan betulkan kemeja supaya kemas.

 

Langkah-langkah menanggalkan baju :

Buka butang baju dan pegang belakang kolar baju dengan tangan kuat.

Bongkokkan kepala sambil menarik kolar baju keluar daripada kepala.

Keluarkan tangan kuat daripada lengan baju kemudian keluarkan lengan baju daripada tangan lemah dengan menggunakan tangan kuat.

 

Langkah-langkah memakai seluar :

Silangkan kaki lemah ke atas kaki kuat. Masukkan seluar pada kaki lemah.

Masukkan kaki kuat ke dalam kaki seluar. Tarik seluar ke atas hingga melepasi paras lutut

Jika imbangan badan anda baik, anda boleh zipkan / butangkan seluar sambil berdiri. Jika tidak, zipkan / butangkan seluar secara duduk

Langkah-langkah menanggalkan seluar :

  1. Duduk atas kerusi / di tepi katil

  2. Buka butang dan zip seluar dengan tangan kuat

  3. Turunkan seluar hingga ke paras pinggul sebanyak yang boleh

  4. Berdiri sendiri / dengan bantuan. Biarkan seluar jatuh dari pinggul ke kaki

  5. Duduk semula atas kerusi / di tepi katil

  6. Keluarkan kaki kuat daripada kaki seluar

  7. Silangkan kaki lemah atas kaki kuat dan tanggalkan seluar

Alat Adaptasi dan Bahan yang Boleh Membantu Pemakaian

  • Butang besar

  • Velcro

  • Button hook

  • Pemegang zip

Velcro – memudahkan dalam manipulasi tangan.

Button hook – membantu memasukkan butang menggunakan sebelah tangan sahaja.

Pemegang zip – memudahkan untuk memegang zip.

 

Semakan akhir : 28 Ogos 2021
Penulis : Asiah bt Awalludin
Akreditor : Ooi Siew Chen
Penyemak : Tan Foo Lan

 

Artikel Berkaitan

Masalah Menelan selepas Strok

Masalah menelan boleh menjejaskan kualiti kehidupan kepada pesakit strok dan berisiko tinggi untuk mendapat masalah jangkitan paru-paru.

Tidak Boleh Bercakap selepas Strok

Afasia adalah satu gangguan bahasa di mana seseorang hilang keupayaan samada satu atau lebih kemahiran iaitu memahami bahasa, menggunakan bahasa untuk berkomunikasi serta menulis dan membaca.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,229,012

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia