A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Aktiviti berstruktur untuk kanak-kanak...

Aktiviti berstruktur untuk kanak-kanak ADHD

Kajian menunjukkan kanak-kanak ADHD mempunyai masalah kurang penumpuan, hiperaktif, impulsive di dalam aktiviti yang tidak berstruktur (Verret., C et al., 2010)

Kajian menunjukkan kanak-kanak ADHD mempunyai masalah kurang penumpuan, hiperaktif, impulsive di dalam aktiviti yang tidak berstruktur (Verret., C et al., 2010). Oleh itu, aktiviti berstruktur mungkin boleh membantu meningkatkan kapasiti otot,skil motor  , pengurusan tingkahlaku serta keupayaan untuk memproses maklumat.

Aktiviti berstruktur ialah:

  • Aktiviti yang dirancang dan mempunyai matlamat
  • Direka mengikut keupayaan perkembangan kanak-kanak

Aktiviti berstuktur untuk latihan kehidupan harian ,  boleh melibatkan penggunaan jadual waktu,. Bagi aktiviti baru ianya dipecahkan kepada kompenan yang lebih kecil  dan disertakan dengan arahan yang ringkas dan mudah difahami, dalam bentuk gambar atau tulisan .
Kegagalan melakasanakan aktiviti harian yang berstuktur , boleh menyebabkan kanak kanak ADHD menjadi lebih agresif dan sukar dikawal.

Tip Untuk Memilih Aktiviti

  1. Aktiviti yang membolehkan kanak-kanak melibatkan diri tersebut turut serta secara aktif (Hands-On)

Aktiviti seperti ini boleh meningkatkan penumpuan kanak-kanak, membantu mereka untuk belajar tentang persekitaran . Contoh aktiviti :

  • Berkebun adalah aktiviti ringkas yang boleh dilakukan di rumah, ia membolehkan kanak-kanak meningkatkan kefungsian tangan melalui aktiviti mengangkat, mencungkil, mengorek tanah, menanam, menyiram tumbuhan.
  • Melawat muzium dimana terdapat pameran yang boleh mereka sertai serta meneroka melalui sentuhan. Ini lebih interaktif & memberi kesan berbanding dengan apa yang dilihat tanpa boleh disentuh .
  1. Penumpuan Secara Individu 
  • Aktiviti secara individu dapat meningkatkan penumpuan berbanding kumpulan.  Di mana kanak-kanak mungkin tidak dapat menapis banyak gangguan di sekelingnya.
  • Interaksi secara individu ini membolehkan guru/jurulatih ,  mereka program yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak serta mengambil kira ”temperament” kanak-kanak tersebut.
  1. Perhubungan Yang Terapeutik
  • Ini penting untuk membantu kanak-kanak mengenali kesan kehadiran dan perubahan dalam sesuatu aktiviti yang dimainkan. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk berasa selamat dan percaya permainan yang dimainkan itu boleh dipraktis.
  • Mencipta suasana bergelak ketawa, mempamerkan sikap penyayang boleh melahirkan suasana gembira, dan kanak-kanak juga akan lebih bersedia menerima arahan seterusnya melakukan aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

Perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan sepanjang program aktiviti berstruktur untuk kanak-kanak ADHD

BOLEH

  • Mengenali cara pembelajaran kanak-kanak
    • Gunakan arahan yang pendek, pecahkan arahan kepada arahan-arahan kecil untuk ke semua aktiviti
  • Berkomunikasi dengan kanak-kanak dengan nada yang tegas, lembut  dan positif  tetapi bukan dengan gaya marah
  • Mengawal impulsif dan penumpuan
    • Dapatkan kontak mata (eye contact) dengan kanak-kanak tersebut sebelum memulakan percakapan dengannya. Boleh gunakan  bahasa badan, sentuhan tangan dan sebagainya. Berikan ganjaran atau pujian setiap kali / selepas mereka melakukan perkara yang baik.
  • Pantau mereka secara dekat dan kerap
    • Pantau anak secara kerapa semasa transisi di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain,terutama aktiviti yang tidak direka secara berstuktur ,.
  • Modifikasi tingkahlaku
    • Pilih tingkahlaku spesifik yang ingin diubah, satu pada satu waktu !. Contohnya:, impulsif, sangat aktif, kurang penumpuan, terlalu mudah tergangu (easily distracted), dan sebagainya.

 TIDAK BOLEH

  • Menonton televisyen terlalu lama.
    • Masa menonton televisyen atau bermain video / telefon perlu dikurangkan kepada setengah jam/sehari.
  • Jumlah kanak-kanak yang terlalu ramai
    • Perlu dihadkan kepada seorang atau 2 orang sahaja pada satu-satu masa
  • Terlalu banyak rangsangan
    •  Kanak kanak ADHD  selalunya tidak dapat mengawal tingkahlaku  mereka di  pasaraya , kedai  ,atau pusat membelibelah , Ini kerana rmereka mudah terangsang dengan bunyi-bunyian, orang ramai dan barang barang disekelilingnya
  • Permainan yang perlukan banyak masa menunggu
    • Ini disebabkan kanak-kanak ADHD mempunyai kurang daya penumpuan, oleh itu mereka kurang penyabar serta tidak menggemari permainan yang mempunyai banyak step / langkah yang perlu dipatuhi.
  • Menjerit dan memarahi
    •  perlu tegas dan bersabar dengan mereka

 

Aktiviti berstruktur yang boleh dipilih:

home-day-activitiesPhoto by Kelly Sikkema on Unsplash

Aktiviti di rumah:

  • Lego, blok, kraf, permainan board, puzzle adalah di antara aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Kanak-kanak ADHD kerap tidak menyelesaikan aktiviti, oleh itu aktiviti seperti ini boleh memupuk habit yang baik dan memberikan kepuasan selepas dapat menyelesaikan permainan.
dancePhoto from Pexels

Mengikuti kelas seni, tarian, muzik.

  • Seni, tarian/muzik adalah dua cara untuk kanak-kanak meluahkan diri mereka. Kebanyakan kanak-kanak ADHD sangat bagus di dalam seni, tarian/muzik tetapi lemah didalam pelajaran.
swimmingPhoto by Juan Salamanca from Pexels
 

Aktiviti Fizikal:

  • Mendengar muzik alam semulajadi seperti alunan bunyi air /  terjun, kicauan burung, deruan angin semasa melakukan aktiviti luar seperti berenang, memanjat bukit, berbasikal juga boleh dilakukan.
  • Program senaman aerobik
    • Karate atau berenang 3 kali seminggu.

Sample Of Structured Activities For ADHD

timetable

Kesimpulan:
Perlu diingat, aktiviti berstruktur perlu dilakukan secara konsisten bagi melihatkan kesan. Ibubapa / penjaga perlu bekerjasama dengan Pegawai/Jurupulih Perubatan Carakerja serta guru bagi membolehkan program secara rutin dan jangkaan yang sama dilakukan di rumah, sekolah dan semasa rawatan pemulihan.

Sumber Rujukan:
1. http://www.hadd.ie/article/teaching-and-managing-children-adhd#sthash.qWuPi0HE.dpuf
2. http://www.sparkpe.org/blog/structured-activity-unstructured-activity#sthash.pLgFdnBx.dpuf
3. Verret.,C et al., (2010), A Physical Activity Program Improves Behaviour and Cognitive Functions in Children With ADHD, An Exploratory Study, Journal of Attention Disorders 2012 16:71.DOI:10.1177/1087054710379735
4. Photos taken from “images for structured activities for ADHD

Semakan Akhir :  30 April 2018
Penulis : Nora Binti hamid
Akreditor : Peremalatha A/P Sundram

Artikel Berkaitan

Ujian Saringan Pendengaran

Pendengaran merupakan salah satu deria penting untuk perkembangan bahasa dan pertuturan. Deria pendengaran membolehkan seorang individu mendengar, mengesan, membezakan bunyi, menterjemah dan memahami bunyi-bunyi di persekitaran dan bunyi pertuturan.

Lemas

Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,089,426

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia