Selasa , 30 Ogos 2016 5:30 AM
msen
Home > Laman Utama > Akibat Seks Luar Nikah

Akibat Seks Luar Nikah

 

http://www.myhealth.gov.my/media/download/video/remaja/Akibat_seks_Luar_Nikah/Akibat_seks_Luar_Nikah.flv

Download:

Setiap manusia mempunyai keinginan seks kerana ia adalah fitrah manusia. Bagi remaja keinginan ini berlaku akibat perubahan hormon ketika alam remaja. Seks luar nikah adalah seks diluar ikatan perkahwinan. Ia adalah seks yang melibatkan pasangan kekasih yang belum mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri. Dikalangan remaja, walaupun kebanyakannya berlaku pada pasangan kekasih namun ia juga boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti sumbang mahram, rogol, pelacuran, seks bebas dan nimfomania atau gila shahwat. Faktor Kebanyakan remaja yang terjebak dalam aktiviti seks luar nikah adalah kerana kurang pengetahuan seks dan kemahiran dalam melindungi diri dari terjebak dalam aktiviti seksual. Ini ditambah pula dengan kurangnya kasih-sayang, perhubungan keluarga yang tidak stabil, pengaruh rakan sebaya dan media massa. Pengaruh negatif daripada rakan sebaya seperti tekanan untuk mempunyai teman istimewa, melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dan melibatkan diri dalam tingkah laku berisiko yang lain seperti rokok, alkohol dan dadah, boleh menjurus remaja ke arah seks luar nikah. Dengan teknologi masa kini, pengaruh laman web sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sumber internet lain seperti blog, youtube dan sebagainya amat mudah untuk di akses dan disalah gunakan. Ini ditambah pula dengan ibu-bapa yang kurang peka dengan perkembangan teknologi terkini dan tidak dapat memantau aktiviti sosial remaja. Akibat Seks luar nikah akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pasangan remaja yang melakukanya malahan membabitkan banyak pihak seperti keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun remaja melakukan seks atas dasar suka sama suka, seks luar nikah dibawah umur mempunyai implikasi perundangan, kesihatan dan sosial. Dibawah akta kanak-kanak 2001 dan juga akta kanun jenayah 574, melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan dibawah umur 16 tahun di anggap kesalahan merogol walaupun ia atas dasar suka sama suka. Remaja lelaki boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali. Dari aspek kesihatan pula, pasangan remaja boleh dijangkiti penyakit kelamin seperti gonorea, herpes, sifilis, chlamydia, hepatitis, HPV dan HIV/AIDS. Sesetengah penyakit kelamin ini tidak boleh sembuh dan boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan saraf, kanser, kemandulan dan kematian. Remaja perempuan pula berisiko untuk hamil. Sekiranya kehamilan itu tidak diingini mereka akan mengalami tekanan perasaan dan mungkin membuat keputusan yang boleh membahayakan diri sendiri dan kandungan seperti pengguguran tidak selamat dan pembuangan bayi yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi. Dari aspek sosial, remaja hamil luar nikah kebiasaannya akan berasa malu, disisih oleh keluarga dan rakan sebaya, terjejas persekolahan dan dipandang serong oleh masyarakat. Disebabkan faktor malu, mereka enggan mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan yang sewajarnya yang menjurus ke arah gejala sosial yang negatif. Apa yang anda boleh lakukan? Sekiranya anda tidak melakukan seks luar nikah, tahniah, ini adalah pilihan yang BIJAK! Sekiranya anda telah melakukan seks luar nikah, jangan panik dan bertenang. Fikirkan jalan terbaik dan bincang dengan mereka yang boleh membantu seperti keluarga, kaunselor dan anggota kesihatan. Sekiranya anda telah hamil, jangan takut. Datanglah mendapatkan perkhidmatan ibu hamil disemua klinik kesihatan. Anggota kesihatan sentiasa sedia membantu dan akan menjaga kerahsiaan anda. Senarai klinik kesihatan boleh dilayari di laman web www.moh.gov.my dan www.myhealth.gov.my. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada remaja-remaja hamil seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sekolah Harapan di Melaka, KEWAJA, Raudatus Sakinah dan lain-lain. Anda juga boleh menghubungi talian Nur 15999 untuk khidmat nasihat dan kaunseling Remaja juga mempunyai pilihan sama ada untuk menjaga sendiri bayi mereka atau menyerahkan kepada keluarga angkat melalui jabatan kebajikan masyarakat atau Orphan Care yang merupakan badan bukan kerajaan. “SAYANGI DAN HARGAILAH DIRI ANDA” “BERTANGGUNGJAWABLAH TERHADAP DIRI SENDIRI” “JANGAN HANCURKAN MASA DEPAN ANDA” “ELAKKAN SEKS LUAR NIKAH”

A

Akibat Seks Luar Nikah

Alat Bantuan Untuk Warga Emas (Parkinson)

Amalan Batuk dan Bersin dengan Betul

Angkat Bibir

Asas Penjagaan Kulit

 

'