A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Definisi masalah

Masalah adalah keadaan di mana perkara yang berlaku tidak seperti mana yang kita inginkan.

Definisi skil penyelesaian masalah

Skil untuk melakukan perubahan untuk mendapat perkara atau keadaan yang dingini:

  • Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan
  • Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah
  • Bagi menyelesaikan masalah, seseorang perlu memutuskan apa yang perlu dilakukan dan seterusnya melakukannya

Kebaikan skil penyelesaian masalah yang baik

  • Dapat mengenalpasti dan memberi prioriti kepada setiap masalah
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengetahui cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah dengan hasil yang lebih baik
  • Dapat mengurangkan pembaziran seperti masa, tenaga kerja dan kewangan

Cara-cara penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah IDEAL

Tanya diri sendiri dan tanya orang lain:

  • I = Kenal pasti (identify) apa masalah / penyebab:
    • Apa sebenar yang terjadi?
    • Siapakah yang terlibat?
    • Apakah elemen-elemen masalah?
    • Bilakah perkara itu terjadi?
    • Dimanakah perkara itu terjadi?
  • D = Huraikan (Describe) – pilihan-pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah
  • E = Membuat Penilaian (Evaluate) – akibat yang akan berlaku dari setiap pilihan itu (kebaikan dan keburukan)
  • A = Bertindak (Act) – pilihlah satu pilihan yang boleh dilakukan tindakan
  • L = Belajarlah (Learn) – kaji semula sama ada tindakan yang baik telah dilakukan.

Kaedah I.D.E.A.L – juga boleh digunakan untuk proses membuat keputusan yang tepat.

Tips untuk membuat keputusan yang tepat

  • Fikirkan siapa yang akan terlibat di atas keputusan yang akan dibuat dan libatkan mereka dari awal lagi
  • Tulis dan catat proses membuat keputusan itu di atas kertas, supaya pertimbangan dan analisa boleh dibuat ke atas semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan dan juga sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.
  • Tuliskan kebaikan dan keburukan tiap-tiap satu pilihan kerana ianya dapat membantu
  • Percaya kepada diri anda sendiri untuk membuat keputusan dan sedarilah bahawa anda tidak akan boleh menjamin 100%  yang keputusan anda itu tepat
  • Sebaik sahaja keputusan telah dibuat jangan pandang ke belakang lagi. Tumpukan perhatian ke arah langkah seterusnya. Janganlah menyesali keputusan anda. Ia adalah tindakan yang betul pada masa tersebut
  • Elakkan membuat keputusan secara terburu-buru. Anda tidak perlu membuat keputusan sekiranya anda tidak mempunyai cukup maklumat
Semakan akhir : 17 April 2014
Penulis : Dr. Farahida binti Md Dai
Penyemak : Dr. Norharlina bte. Bahar

 

Artikel Berkaitan

Disleksia

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,272,786

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia