A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pemantauan Paras Glukos (Gula)...

Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah

Download:
altaltaltaltaltalt

Rawatan untuk mengawal diabetes atau kencing manis lazimnya diberikan secara suntikan atau oral.

Insulin diberikan secara suntikan kepada pesakit diabetes jenis 1 dan sesetengah diabetes jenis 2.

Terdapat pelbagai sediaan insulin dalam pasaran. Doktor akan mempreskripsikan jenis insulin dan dos yang bersesuaian dengan paras gula di dalam darah pesakit.

Terdapat dua jenis pen insulin iaitu:

  • NovoPen.
  • Humapen (hiu-ma-pen).

Berikut adalah teknik pemasangan katrij insulin untuk pen insulin.

Jika anda menerima NovoPen, langkah pemasangannya adalah seperti berikut:

  1. Pemasangan Katrij Insulin.
    • Putar dan tanggalkan penutup pen insulin.
    • Buka pemegang penfill.
    • Pusingkan kembali rod omboh ke arah pusingan jam sehingga ianya masuk sepenuhnya.
    • Periksa insulin dan pastikan insulin yang betul dan tarikh luputnya masih sah.
    • Golekkan penfill dengan kedua tapak tangan.
    • Masukkan penfill ke dalam pemegang penfill. Pastikan bahagian penutup berkod warna dimasukkan dahulu.
    • Putarkan bahagian pemegang penfill sehingga ketat.
  2. Pemasangan Pen dan pemilihan dos.
    • Tanggalkan jalur pelindung pada jarum dan pasangkan jarum pada penfill berkod warna.
    • Tanggalkan penutup luar dan penutup dalam jarum. Simpan penutup luar untuk memindahkan jarum selepas suntikan.
    • Sebelum menyuntik , putarkan pemilih dos kepada 2 unit. Pegang pen insulin dengan jarumnya menghala ke atas. Jentik pemegang penfill beberapa kali dengan perlahan dan tekan butang suntikan sepenuhnya dengan ibu jari. Setitik insulin sepatutnya keluar di hujung jarum, jika tidak, ulangi langkah yang sama sehingga setitik insulin keluar.
    • Pastikan pemilih dos menunjukkan angka 0.Putarkan pemilih dos sehingga ia menunjukkan unit insulin yang ingin disuntik.
    • Setelah menyuntik insulin pastikan jarum ditanggalkan daripada pen dan buang jarum di tempat yang selamat. Pasang semula penutup pen.
    • Pen dan insulin yang telah digunakan hanya perlu disimpan pada suhu bilik.

Sekiranya anda menggunakan HumaPen, langkah pemasangannya adalah seperti berikut:

  1. Pemasangan kartrij insulin.
    • Buka penutup pen.
    • Longgarkan pemegang katrij.
    • Pasangkan skru ke dalam pen. Skru mungkin tidak tertanggal apabila anda melonggarkan pemegang kartrij.
    • Periksa insulin dan pastikan insulin yang betul dan tarikh luputnya masih sah.
    • Golek penfill insulin secara perlahan dengan kedua tapak tangan.
    • Masukkan penfill insulin ke dalam pemegang katrij.
    • Putarkan bahagian pemegang penfill sehingga ketat.
  2. Pemasangan pen dan pemilihan dos.
    • Tanggalkan jalur pelindung pada jarum. Pasangkan jarum dalam keadaan lurus pada pemegang kartrij.
    • Tanggalkan penutup luar dan penutup dalam. Simpan penutup luar untuk memindahkan jarum selepas suntikan.
    • Putarkan kepada 2 unit dan jentik kartrij supaya udara yang terperangkap berkumpul di atas hujung kartrij.
    • Tekan butang suntikan dan perhatikan sama ada terdapat aliran insulin keluar dari jarum.
    • Putarkan pemilih dos mengikut dos yang diperlukan. Contoh: sekiranya dos anda 10 unit, putar hingga 10 unit seperti ini.
    • Secara am, dos insulin adalah 1 unit per kg sehari, tetapi dos mungkin akan berubah mengikut pemantauan paras glukos dan tahap akil baligh bagi seseorang kanak-kanak/remaja.
    • Setelah menyuntik insulin pastikan jarum ditanggalkan dari pen dan buang jarum ke dalam bekas khas. Pasang semula penutup pen.
    • Pen dan insulin yang telah digunakan hanya perlu disimpan pada suhu bilik.

Seterusnya merupakan langkah untuk menyuntik insulin:

  • Insulin boleh disuntik di bahagian badan berikut:
    • Abdomen.
    • Lengan.
    • Peha.
    • Punggung.
  • Bahagian suntikan perlu dijarakkan sejauh 2cm dari bahagian suntikan sebelumnya.
  • Cubit dengan lembut bahagian yang ingin disuntik dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian suntik dengan kedudukan jarum menegak dalam posisi 90°. Letakkan ibu jari anda pada pelaras picagari atau pemilih dos seterusnya tolak dengan perlahan sehingga pelaras picagari atau pemilih dos berhenti bergerak.
  • Selepas suntikan, tunggu 6-10 saat sebelum menarik keluar jarum suntikan.
  • Pastikan selepas setiap suntikan, angka pada pemilih dos menunjukkan ‘0’. Ini dapat memastikan dos telah disuntik sepenuhnya.
P

Pemeriksaan Mulut Sendiri

Pencegahan Sakit Jantung

Penjagaan Gigi Palsu

Penjagaan Kaki

Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden)

Penyediaan Makanan Secara Selamat

Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan

Penyimpanan Bahan Mentah

Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja

Pre-Menstrual Tension

Puberphonia Before Treatment

Puberphonia After Treatment

6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah

Artikel Berkaitan

Hepatitis A

Apakan itu Hepatitis A? Hepatitis A di sebabkan oleh virus

Rawatan Karies Gigi

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,313,111

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia