A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Dewasa
  6. /
  7. Pemakanan Sihat
  8. /
  9. Saranan Pengambilan Nutrien

Saranan Pengambilan Nutrien

Apakah saranan pengambilan tenaga dan nutrien?

Nutrien harian yang diperlukan bagi setiap individu yang sihat. (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen ini)

Apakah keperluan tenaga dan nutrien harian saya?

Setiap individu memerlukan pengambilan tenaga dan nutriendalam jumlah yang berbeza mengikut umur, jantina dan aktiviti fizikal sebagaimana yang disarankan di dalam Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2005.

Keperluan Tenaga

alt

Langkah 1 - Ketahui Index Jisim Tubuh (BMI) anda

Kirakan BMI anda
Ketinggian anda : (centimeter, cm)
Berat anda : (Kilogram, kg)
  
BMI

Anda adalah
BMI
BMI 30.0 atau lebih Obes
BMI 25.0 - 29.9 Berlebihan berat badan
BMI 18.5 - 24.9 Normal
BMI < 18.5 Kurang berat badan

Langkah 2 - Ketahui keperluan kalori harian anda

Catitkan : Paras aktiviti anda adalah [...........]* * [kurang aktif] - didefinisikan sebagai kerja ringan, pekerja pejabat, jurujual, pekerja industri ringan. [sederhana aktif] - guru, jururawat, juruteknik [ aktif ] - tentera, atlit, buruh bangunan, pekerja industri berat, pelombong.

Jumlah keperluan harian kalori anda ialah [ #### ] kcal

Program ini akan mengira kalori dengan mendarabkan berat badan dengan satu faktor berdasarkan kepada status berat dan tahap aktiviti yang didefinisikan seperti berikut :

Tahap aktiviti
Status Berat (kcal /kg berat badan)
Berlebihan Berat / Obes
Normal
Kurang Berat Badan
Kurang aktif
20-25
30
35
Sederhana Aktif
35
40
Aktif
40
45

Rujukan = Cole H, 1970

Langkah 3. Ketahui pembahagian kalori harian anda untuk memastikan makanan seimbang.

Ini akan memberikan petunjuk kepada berapakah keperluan protein, karbohidrat dan lemak yang diperlukan.

Kalori anda harus diperolehi daripada
Protein ## Gram dalam sehari
Karbohidrat ## Gram dalam sehari
Lemak ## Gram dalam sehari

Langkah 4 - Ketahui keperluan vitamin dan mineral anda.

Lihat Saranan Pengambilan Nutrien bagi Malaysia 2005 untuk mengetahui keperluan nutrien harian anda. (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen ini)

Langkah 5 - Semak menu yang bersesuaian dengan keperluan kalori dan nutrien harian anda.

Semak contoh menu yang bersesuaian dengan keperluan kalori dan nutrien harian anda. (Berdasarkan Recommended Nutrient Intake 2005).

Selamat menjamu selera.

Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Jamilah bt. Ahmad
: Surainee bt. Wahab
: Azlinda bt. Hamid
: Munawara bt. Pardi

 

Artikel Berkaitan

Piramid Makanan Malaysia 2020

Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan pemakanan sihat dalam bentuk grafik yang mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ia bertujuan untuk memberi maklumat mengenai keperluan kalori harian yang disarankan bagi kumpulan umur berusia 7 tahun dan ke atas, termasuk orang dewasa dan warga emas.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,079,643

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia