A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Surainee bt. Wahab

Surainee bt. Wahab

alt

Surainee bt. Wahab mempunyai pengalaman kerja selama 10 tahun dan merupakan Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Putra Malaysia dengan memperoleh B. Sc. Pemakanan dan Kesihatan Komuniti.

Kepakaran atau bidang kerja beliau melibatkan promosi makan secara sihat. Beliau banyak terlibat dalam pembentukan modul-modul pemakanan dan juga garis panduan pemakanan. Antara modul pemakanan yang pernah dihasilkan ialah Mesej Utama dan Sokongan Kempen Cara Hidup Sihat 2004, Modul Latihan Katering Sihat , Garis Panduan Penubuhan dan Pelaksanaan Kafeteria Sihat serta Panduan Diet Malaysia 2010. Antara jawatankuasa teknikal yang dianggotai beliau ialah Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan Kafeteria Sihat, Jawatankuasa Teknikal Pemakanan Sihat di Pasar Raya dan Jawatankuasa Teknikal Penyediaan Hidangan Sihat. Beliau juga merupakan Setiausaha bagi Kumpulan Kerja Teknikal Promosi Pemakanan.

Beliau juga sering diundang untuk memberikan ceramah di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta menjadi tetamu di rancangan radio dan televisyen. Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan pemakanan untuk disiarkan di majalah-majalah tempatan.

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,114,360

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia