A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Kesihatan Pergigian

Kesihatan Pergigian

Soalan 1

Saya seorang remaja lelaki berumur 22 tahun dan mempunyai masalah gigi yang jarang sehingga menjejaskan penampilan saya. Perlukah saya memakai pendakap gigi atau ada kaedah lain?

Jawapan 1

Rawatan ortodontik untuk gigi jarang bergantung kepada diagnosis yang menyebabkan gigi itu jarang. Gigi jarang mungkin disebabkan oleh perkara – perkara berikut:

  1. Saiz gigi kecil berbanding dengan rahang gigi

  2. Gigi dicabut atau memang semula jadi tiada terbentuk

  3. Penyakit periodontal/gusi

  4. Posisi tisu lembut yang terlalu rendah menyebabkan terdapat ruang di antara gigi hadapan.

Pendakap gigi boleh digunakan untuk merawat kes – kes (1) dan (2) sahaja. Kes – kes periodontal perlu dirawat oleh Pakar Periodontik terlebih dahulu sebelum dirujuk ke Pakar Ortodontik untuk rawatan pendakap gigi. Kes (4) perlu dirawat oleh Pakar Pediatrik/Pakar Bedah Mulut dahulu.

Cara yang terbaik untuk anda adalah dengan pergi ke klinik pergigian untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat yang bersesuaian dengan masalah anda. Sekian, terima kasih.

Soalan 2

Adakah klinik pergigian kerajaan menawarkan rawatan ortodontik (braces) kepada lepasan sekolah atau orang dewasa?

Apakah langkah yang perlu saya ambil sekiranya saya ingin mendapatkan rawatan ortodontik kerana gigi tidak teratur? Adakah saya perlu menunggu giliran?

Berapakah kos rawatan ortodontik di klinik kerajaan?

Jawapan 2

Di klinik pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (klinik pergigian kerajaan), perkhidmatan ortodontik atau ‘brace’  ditawarkan kepada pelajar sekolah, kerana kumpulan ini adalah kumpulan “priority”. Mereka (yang  berumur 18 tahun ke bawah) disaring terdahulu untuk menentukan keperluan rawatan  mengikut indeks keperluan rawatan.

Disebabkan oleh  perkara berikut,

  • Bilangan pesakit yang memerlukan rawatan (demand) adalah terlalu ramai dari yang dapat dirawat pada satu satu masa.

  • Bilangan Pakar Ortodontik terhad di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  • Jangkamasa rawatan ortodontik agak panjang (2 ke  3 tahun). Tidak seperti rawatan lain dapat diselesaikan dalam 1 hingga 2  lawatan, bagi setiap kes ortodontik untuk menyelesaikan sesuatu kes ortodontik lawatan berkala diperlukan dan mengambil masa purata 2 tahun.

  • Pesakit yang telah mula  rawatan , perlu membuat rawatan susulan 6-8 minggu sekali sehingga tamat rawatan

Justeru itu, seseorang pesakit baru perlu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan ortodontik di klinik pergigian KKM.

Pesakit yang berhasrat memohon rawatan ortodontik perlu hadir ke klinik pergigian dan mendapatkan pemeriksaan awal dari doktor pergigian. Keadaan gigi dan masalah pesakit akan dinilai oleh doktor gigi. Pesakit akan dirujuk kepada Pakar Ortodontik sekiranya memenuhi kriteria-kriteria (indeks keperluan rawatan) yang telah ditetapkan, untuk itu surat rujukan akan dikeluarkan.

Walaupun keutamaan rawatan ortodontik di KKM adalah mereka yang bagi 18 tahun ke bawah, bagi kes orang dewasa (18 tahun ke atas) sekiranya selepas disaring oleh Pakar Ortodontik, dan didapati pesakit perlukan rawatan pelbagai disiplin (multi discipline management) masih boleh diberi pertimbangan untuk diberi rawatan ortodontik di klinik kerajaan.

Caj rawatan ortodontik (tanpa pembedahan) berjumlah RM700.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi klinik pergigian berhampiran dengan tempat anda.

Semakan Akhir : 9 Ogos 2012

Artikel Berkaitan

B

Bangun Selepas Jatuh Basuh Tangan Bed Ridden Berkumur Berus Gigi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,183,417

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia