A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan

Keselamatan & Kualiti Makanan

Soalan 1

Apakah kesan memanaskan susu perahan ibu dalam plastik (Storage Bag)?

Jawapan 1

Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi. Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan susu ibu yang telah diperah. Antaranya susu ibu disimpan dalam botol susu, bekas (cup) atau pun beg plastik susu (milk storage bag). Beg plastik susu biasanya diperbuat daripada bahan plastik polietilena dan polipropilena. Sememangnya menjadi amalan susu ibu dipanaskan dalam pemanas (warmer) sebelum diberikan kepada bayi.

Para ibu dinasihatkan supaya tidak bimbang kerana plastik yang digunakan untuk membuat beg plastik susu adalah selamat. Suhu yang digunakan dalam pemanas (warmer) juga tidak tinggi, iaitu hanya pada suhu suam.

Namun begitu, pihak TASKA boleh dinasihatkan supaya menggunakan cara yang disarankan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu pemanasan susu ibu perlu dilakukan dengan merendam botol susu yang mengandungi susu ibu ke dalam air suam. Selain itu, pengendali susu ibu juga perlu mengelakkan proses nyahbeku susu ibu pada suhu biasa, atas dapur api atau ketuhar mikro gelombang. Ini adalah untuk mengelakkan kerosakan susu ibu atau susu ibu boleh menjadi terlalu panas yang boleh mencederakan bayi.

 

Soalan 2

Bagaimanakah cara menggunakan pembungkus atau bekas makanan plastik dengan cara yang betul?

Jawapan 2

Semua pengguna yang menggunakan pembungkus atau bekas makanan plastik adalah dinasihatkan supaya menggunakannya dengan cara yang betul seperti berikut:

  1. Baca arahan pengilang sekiranya ada, bagi memastikan penggunaan adalah betul;
  2. Elakkan pemanasan terus ke atas makanan yang diletakkan dalam bekas makanan plastik kecuali bagi plastik ‘microwaveable’;
  3. Elakkan meletak/menyimpan makanan atau minuman yang terlalu panas secara terus dalam bekas plastik;
  4. Bagi bekas makanan yang diguna semula, guna peralatan dan bahan mencuci yang lembut seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan bekas plastik menjadi rosak dan bercalar; dan
  5. Buang bekas makanan yang telah terlalu lama atau yang telah rosak atau bercalar.

 

Semakan Akhir : 04 Disember 2012

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,373,855

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia