A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Ginjal
  6. /
  7. Jangkitan Salur Kencing

Jangkitan Salur Kencing

Jangkitan di salur kencing.

Jangkitan salur kencing (UTI) adalah jangkitan di pundi kencing atau buah pinggang (ginjal) selalunya disebabkan oleh bakteria.

Lebih kurang 3 % kanak-kanak perempuan dan 1 % kanak-kanak lelaki mengalami jangkitan salur kencing sehingga berumur 11 tahun. Ada di antara kanak-kanak mempunyai buah pinggang yang tidak normal atau pundi kencing yang mana menyebabkan mereka sering mengalami jangkitan salur kencing.

Penting untuk merawat dan mencegah jangkitan salur kencing pada kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang yang kekal

Bila kita harus mengesyaki kanak-kanak mengalami jangkitan salur kencing.

Tanda-tanda dan gejala :-

  • Demam (bila tidak ada tanda-tanda yang nyata punca kepada demam).
  • Muntah
  • Menangis apabila anak buang air kencing
  • Kerapkali ke bilik air
  • Air kencing keruh dan berbau kuat
  • Sakit di perut dan sakit belakang
  • Darah dalam air kencing
  • Pembesaran terganggu.

Kenapa jangkitan salur kencing itu bahaya ?

Komplikasi mungkin terjadi termasuk :-

  • parut di buah pinggang akan terbentuk terutama pada keadaan berikut:
    • Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun
    • Lewat mendapat rawatan untuk jangkitan salur kencing
    • Kerapkali mendapat jangkitan salur kencing
    • Keabnormalan di salur kencing
  • Tekanan darah tinggi – jika terdapat parut di buah pinggang.
  • Keggalan buah pinggang yang memerlukan dialisis (cuci darah)

Bagaimana merawat Jangkitan salur kencing ?

  • Berikan antibiotik segera sekiranya demam tinggi dengan jangkitan salur kencing.
  • Kanak-kanak yang disahkan mengalami jangkitan salur kencing perlu di periksa oleh pakar pediatrik. Mereka akan memutuskan samada kanak-kanak itu perlu pemeriksaan lanjut (ultrasound atau x-ray) untuk mengesan keabnormalan di salur air kencing.
  • Anda mungkin perlu memberi antibiotik pada anak anda di waktu malam dalam tempoh masa tertentu untuk mengelakkan jangkitan salur kencing. Jangan hentikan sehingga diarahkan oleh doktor.

Bagaimana cara mencegah jangkitan salur kencing berulang ?

  • Elakkan sembelit. Jika tidak risiko untuk mendapat jangkitan salur kencing meningkat. Beri anak anda makanan tinggi serat,( lebih sayuran dan buah-buahan).
  • Galakkan anak anda minum air yang banyak.
  • Pakaikan seluar dalam yang longgar dari kain kapas.
  • Jumpa doktor segera sekiranya mengalami gejala jangkitan salur kencing seperti di atas untuk mendapat rawatan.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Lee Ming Lee
  : Dr. Lynster Liaw Chiew Tungq
Penyemak : Dr. Lee Miing Lee

 

Artikel Berkaitan

Kencing Malam

Apakah Enuresis? Enuresis ialah terma perubatan untuk kencing malam. Ini

Dialisis

Apa itu dialisis? Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,210,596

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia