A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Herpes Genital

Jangkitan virus yang disebabkan oleh Virus Herpes Simplex Jenis 1 dan 2. Disebar melalui perkongsian perkakas makan, bercium dengan mereka yang mengalami ulser, hubungan seks samada melalui vagina, oral atau dubur.

Apa itu Herpes Genital?

  • Jangkitan virus yang disebabkan oleh Virus Herpes Simplex Jenis 1 dan 2 (HSV 1 and 2)
  • Kebanyakan disebabkan oleh HSV 2.
  • HSV 1 disebar melalui :
    • Berkongsi perkakas makan
    • Bercium dengan mereka yang mengalami ulser(cold sore)
  • HSV 2 disebar melalui hubungan seks.
    • Vagina
    • Oral
    • Dubur
  • Virus ini boleh disebarkan kepada orang lain walaupun tiada ulser di bahagian kemaluan.
  • Setelah dijangkiti, virus ini akan kekal di dalam badan sehinggalah ia dirawat.

Bagaimana anda tahu anda dijangkiti herpes?

Sesetengah individu tidak menunjukkan sebarang gejala/tanda. Walau bagaimanapun sesetengah dari mereka mungkin mengalami gejala seperti :

  • Gatal atau sakit yang berlaku setelah beberapa hari terdedah kepada virus.
  • Kemudian menjadi ruam yang bertukar menjadi merah dan melepuh pada bahagian :
    • Vagina
    • Punggung
    • Dubur
    • Buah zakar
    • Penis

Ulser pada penis

  • Ruam yang melepuh kemudiannya akan pecah mengeluarkan cecair atau darah dan akhirnya sembuh 2 hingga 4 minggu kemudian.
  • Gejala seperti demam dan bengkak pada kelenjar limfa mungkin berlaku.
  • HSV 1 menyebabkan ruam/ulser pada mulut, bibir atau hidung.

Apakah yang berlaku kemudian?

  • Setelah ruam yang melepuh itu sembuh (samada dengan rawatan atau secara spontan), virus ini akan kekal berada dalam badan tetapi tidak aktif (dorman).
  • Episod ulser ulangan adalah kurang teruk dan sembuh dalam jangkamasa yang lebih pendek.
  • Apabila sistem pertahanan badan anda rendah, ia akan diaktifkan semula dan menyebabkan ulser yang sangat sakit dan menyiksa.

Sistem pertahanan badan kita rendah apabila :

  • Kita merasa penat/lesu dan stres
  • Kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat
  • Semasa haid

Bagaimana Herpes Genital dirawat?

  • Setakat ini tiada ubat untuk Herpes Henital
  • Walau bagaimanapun doktor akan memberi anda ubatan antivirus untuk mengawal jangkitan ulangan dan merawat ulser/ruam yang melepuh

Apakah komplikasi jangkitan ini?

  • Herpes Genital meningkatkan risiko jangkitan HIV
  • Jika jangkitan herpes aktif semasa proses kelahiran, bayi berisiko untuk dijangkiti penyakit
  • Jangkitan Herpes pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak), sawan dan kerosakan otak

Bolehkah kita mencegah Herpes Genital?

Ya

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.

Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.

  • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.

Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.

  • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
  • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Herpes Genital, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
  • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Hargeet Kaur Basant Singh
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Penyakit Radangan Pelvik (PID)

Apa itu Penyakit Radangan Pelvik? Ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang progresif berlaku pada tiub falopian, rahim, servik dan / atau ovari. Kebanyakan remaja perempuan mengalami PID dari jangkitan seksual (STIs).

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks.

Gonorea

Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,231,365

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia