A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa yang dimaksudkan dengan personaliti?

Secara am personaliti merujuk kepada perwatakan dan sikap yang anda pamerkan baik secara bersendirian atau di khalayak umum. Sewaktu remaja, personaliti anda masih dibentuk menerusi pengalaman di zaman kanak-kanak serta dipengaruhi oleh persekitaran anda. Lazimnya seseorang itu mempunyai personaliti yang stabil setelah mencapai umur 21 tahun.

Apakah yang terdapat dalam personaliti seseorang?

  • Perangai atau tabiat yang wujud sejak kecil
  • Kepintaran atau daya intelek
  • Nilai-nilai kepercayaan
  • Corak pemikiran
  • Corak perlakuan
  • Emosi

Jenis-jenis personaliti?

Terdapat banyak teori yang berkaitan dengan persoalan personaliti. Ada teori menyatakan terdapat 3 jenis personaliti, manakala setengah pandangan mengatakan terdapat 5 jenis personaliti. Dan setengah penyelidik menghuraikan personaliti kepada 16 jenis. Walau berapa pun jumlah personaliti yang telah dikenal pasti, anda masih boleh dikategorikan sebagai manusia mengikut apa yang bermakna pada diri anda seperti seorang yang penyabar, tenang, kasar, kurang sopan, degil dan sebagainya.

Kenapa terdapat perbezaan personaliti antara individu dengan yang lain?

Ada 2 sebab utama kenapa terdapat perbezaan antara seseorang individu dengan individu yang lain:

  • Faktor baka/genetik
  • Faktor persekitaran

Bagaimana genetik menentukan perbezaan personaliti seseorang?

Setiap manusia mempunyai bahan genetik yang diperoleh sebahagiannya dari ibu dan bapa dan adik-beradik juga mempunyai baka yang berlainan walaupun dari ibu bapa yang sama. Kedua ibu dan bapa pula mengandungi cantuman baka dari datuk dan nenek yang telah diturunkan dari cantuman baka kedua nenek/moyang terdahulu dan begitulah seterusnya. Tidak terdapat 2 orang yang mempunyai baka yang serupa. Maka, berlainan bahan baka inilah yang menyebabkan terdapat perbezaan personaliti bagi setiap individu.

Bagaimana personaliti yang dibentuk membezakan antara satu sama lain?

Setiap individu datang dari pelbagai keluarga yang berlainan cara hidup dan cara didikan. Dengan itu personaliti setiap individu juga berlainan.

Bagaimana hendak mengetahui jenis personaliti saya?

Anda akan tahu mengenai diri anda melalui komen dan maklum balas dari ibu bapa, ahli keluarga, kawan karib, guru dan mereka yang di sekeliling anda. Anda juga boleh mengetahui melalui buku, majalah, laman web Internet dan lain media yang membincangkan berkenaan personaliti dan jenis personaliti yang anda miliki.

Bolehkah saya menukar personaliti saya?

Adalah mudah untuk menukar personaliti anda semasa usia remaja kerana pada usia itu ia masih dianggap belum kukuh lagi. Pengukuhan personaliti pada usia dewasa membuatkan ia sukar untuk diubah.

Saya benci pada sesetengah personaliti. Apa yang boleh saya buat?

Tidak menjadi masalah untuk tidak menyukai sesetengah jenis personaliti. Apa yang penting ialah anda harus menghormati mereka yang mempunyai perwatakan sedemikian. Carilah teman yang mempunyai personaliti yang anda gemari.

Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?

  • Keluarga anda
  • Kawan-kawan
  • Guru-guru
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi
  • Guru Agama

Capaian berkaitan

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Pn. Shahidah Bt. Mohamed Makki

 

Artikel Berkaitan

Lari Dari Rumah

Golongan manakah yang melarikan diri dari rumah? Golongan yang melarikan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,373,299

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia