A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Nor Ziana bt....

Dr. Nor Ziana bt. Ibrahim

alt

Dr. Nor Ziana bt. Ibrahim merupakan Pakar Pergigian Restoratif di Unit Restoratif, Pusat Pakar Pergigian Seremban.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperoleh Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Pergigian Restoratif Dalam Pemeliharaan Gigi).

Kerja-kerja beliau melibatkan Rawatan Klinikal pesakit yang memerlukan rawatan pergigian restoratif, Pengurusan Unit Pakar Pergigian Restoratif seperti pengurusan aset dan stok bahan, kewangan, reten dan laporan, latihan dan tunjuk ajar kepada pegawai pergigian tahun pertama, pembantu pembedahan pergigian pelatih dan pendidikan pergigian berterusan (CDE) seperti kursus dan ceramah berterusan.

Pengalaman kerja:

  1. 1996 – 1997 – Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Hospital Mentakab
  2. 1997 – 1998 – Pegawai Pergigian Y/M Klinik Pergigian Dong, Raub, Pahang
  3. 1998 – 2000 – Pegawai Pergigian Y/M Klinik Pergigian Sabak Bernam, Selangor
  4. 2000 – 2003 – Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Hospital Banting, Selangor
  5. 2003 – 2004 – Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
  6. 2008 – 2009 – Pakar Pergigian Restoratif Pra-Pewartaan di Klinik Pergigian Pandamaran, Selangor
  7. 2009 – 2011 – Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Jalan Abd Samad, Johor Bahru, Johor
  8. 2011- kini – Pakar Pergigian Restoratif di Pusat Pakar Pergigian Seremban, Negeri Sembilan

 

Semakan Akhir : 21 Mac 2013

Artikel Berkaitan

Angioplasty

  Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,212,269

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia