A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Disleksia

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus.

Apa itu Disleksia?

  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun:
    • Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelektual yang normal
    • Telah mendapat rangsangan dan panduan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah mempunyai masalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

  1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan dalam sebutan
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar menceritakan kembali sesuatu yang telah didengarinya
  2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Mempunyai kecenderungan untuk membaca huruf, perkataan dan nombor secara terbalik :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

  • Di antara orang-orang ternama yang mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ada di antara mereka mempunyai daya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Mereka juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan

Apakah masalah yang mungkin dialaminya?

  • Mereka sering disalah anggap dan digelar sebagai pemalas, bodoh atau lembab
  • Terdapat risiko pembentukan imej diri yang tidak sihat sehingga kanak-kanak merasa rendah diri
  • Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkah laku (seperti melawan)
    • Pencapaian akademik yang rendah (menyebabkan keciciran sekolah)

Bagaimana membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah Disleksia?

Strategi yang boleh membantu mereka adalah:

  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga memahami permasalahan ini dan bina keyakinan diri mereka
  2. Rawat gangguan lain yang mungkin berkait denagan Disleksia seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan
  3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    • Terapi pertuturan
    • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      • Merasa pergerakan bibir
      • Menulis huruf atau perkataan
  4. Langkah-langkah pemulihan :
    • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    • Mengajar secara berulang-ulang (konsep ajar berlebihan)
    • Gunakan video atau alat audio untuk belajar
  5. Program pemulihan khusus :
    • Terdapat sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi khusus untuk masalah Disleksia

Kumpulan sokongan

Persatuan Dyslexia Malaysia – 349 Jalan Ampang, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Tel : 03-42651632 Email :  dyslexiamsia@gmail.com 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Aminah binti Kassim
Penyemak : Dr. Selvasingam Ratnasingam
  : Dr. Nurulwafa binti Hussain

 

Artikel Berkaitan

Autism

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,239,082

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia