A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Diet & Penyakit
  6. /
  7. Diet Rendah Kolesterol

Diet Rendah Kolesterol

Apakah itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

Saranan Pengubahsuaian Diet

Objektif:

  • Untuk mencapai dan mengekalkan paras kolesterol dalam julat normal.

  • Untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Terapi diet dapat menurunkan jumlah kolesterol sebanyak 10-15%.

Contoh Makanan Tinggi Kolesterol

Makanan
Sukatan/ Berat (g)
Kolesterol (mg)
Hati lembu
½ cawan (124)
356
Hati ayam
2 ketul (105)
353
Telur itik
1 biji (73)
243
Telur puyuh
5 biji (60)
188
Udang
3 oz.
166
Telur ayam
1 biji (53)
157
Ikan bilis
½ cawan (28)
86
  1. Hadkan penggunaan makanan tinggi kolesterol

    • Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 2 biji seminggu.

    • Hadkan makanan yang dibuat daripada kuning telur seperti kek dan biskut krim.

    • Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti otak, hati, hempedal dan limpa.

    • Elakkan bahagian kepala atau telur pada makanan laut seperti ikan (kari kepala ikan), udang dan ketam.

  2. Modifikasi penyediaan makanan/ resipi

    • Buang lemak dan kulit yang terdapat pada ayam/daging sebelum memasak.

    • Pilih kaedah memasak yang sihat (kukus, rebus, panggang dan bakar).

    • Kurangkan penggunaan minyak semasa memasak, contohnya dengan penggunaan kuali tidak melekat (non stick-pan).

    • Guna minyak campuran (blended oil) untuk memasak.

    • Disarankan meningkatkan pengambilan asid lemak omega 3 seperti ikan (salmon, kod, tuna, herring dan jelawat), walnut, minyak flaxseed dan sayur berdaun hijau.

  3. Tingkatkan pengambilan serat makanan

    • Amalkan mengambil 20-25 g serat sehari, iaitu melalui 2 hingga 3 hidangan buah-buahan, 3 hingga 4 hidangan sayur-sayuran dan 5 hingga 7 hidangan bijirin penuh.

    • Amalkan mengambil serat larut air (soluble fibre) sekurang-kurangnya 10-15 g sehari untuk menurunkan paras kolesterol LDL.

Contoh Menu Rendah Kolesterol

Sarapan Pagi:    
Roti mil penuh + marjerin lembut : 2 keping
Susu soya tanpa gula    

 

Makan Tengah hari:    
Nasi : 1 mangkuk
Ikan masak singgang : 1 ketul
Kobis tumis air : ½ cawan
Kangkung tumis air : ½ cawan
Minyak PUFA : 1 sudu makan
Betik : 1 keping

 

Minum Petang:    
Sandwic sardin : 2 keping
Teh + susu rendah lemak + gula : ½ cawan + 1 sudu teh

 

Makan Malam:    
Capati : 1 keping
Ayam kari tanpa santan : 1 ketul
Dhal : ½ cawan
Bayam : ½ cawan
Minyak PUFA : 1 sudu makan
Jambu batu : 1 keping

Jadual Analisa Pemakanan

Tenaga
1747 kkal
Karbohidrat
238g (53%)
Protein
80g (18%)
Lemak
57g (29%)
Kolesterol
138g
Serat
24.5g

 

Semakan akhir : 23 Mac 2012
Penulis : Yeo Pei Sien

 

Artikel Berkaitan

Diet bagi Pesakit Gout

Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,220,906

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia