A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Seksual
  6. /
  7. Seksualiti Anda
  8. /
  9. Ciri-ciri Perhubungan Remaja yang...

Ciri-ciri Perhubungan Remaja yang Sihat Dari Segi Seksual

Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa/ahli keluarga, rakan dan komuniti.

Diri anda sendiri

Adalah penting anda menghargai tubuh badan anda:

  • Memahami perubahan normal pada tubuh. (Lihat Perubahan Akil Baligh)
  • Mengamalkan kebersihan diri yang baik.
  • Mengelak tingkahlaku berisiko :
    • Merokok
    • Mengambil dadah dan alkohol
    • Seks sebelum berkahwin
  • Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai harapan terlalu tinggi (contohnya badan seperti peragawati). Lihat (Indeks Jisim Tubuh)
    • Ketahui nilai diri anda
    • Timbang tara perlakuan yang betul dan salah
    • Pilih untuk melakukan perbuatan baik
    • Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda
    • Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda atau orang lain
    • Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada disekeliling anda. (Contoh : rakan sebaya, internet, wayang gambar dan majalah)
    • Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan dengan nilai hidup anda
    • Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai

Tingkatkan pengetahuan anda tentang seksualiti

  • Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin.
  • Ketahui akibat daripada perhubungan seksual. Lihat Kehamilan Remaja & Jangkitan Seksual.
  • Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling.
  • Fahami dan terima identiti jantina anda.
  • Fahami orientasi seksual anda.
  • Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza.
  • Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai.

Ibubapa dan ahli keluarga anda

  • Berkomunikasi dengan berkesan.
  • Tahu peranan dan tanggungjawab anda
  • Bertindak dengan bijak
  • Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas pergaulan
  • Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.
  • Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :
    • Terima dan hargai mereka seadanya
    • Dengar pandangan mereka
    • Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka
    • Berbincang secara terbuka dan berkompromi

 

Rakan anda

  • Berkomunikasi dengan berkesan
  • Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda
  • Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan. Lihat Bulatan Perhubungan.
  • Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya
  • Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif. (Lihat Ketegasan)

 

Komuniti anda

  • Selain daripada anda, keluarga dan rakan-rakan, anda juga sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :
    • Guru
    • Pemimpin
    • Sahabat handai
    • Saudara-mara
    • Ahli agama
  • Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap ahli komuniti.
  • Berkomunikasi dengan berkesan.
  • Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain.
  • Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda.
  • Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.

Warna dan makna “Bulatan Perhubungan”

Bulatan Perhubungan


Rajah menggambarkan hubung kait di antara pelbagai warna bulatan dengan jenis – jenis hubungan.

  • “Bulatan Peribadi – Ungu ”
    • Anda adalah insan terpenting dalam hidup.
    • Tiada siapa berhak menyentuh anda kecuali ianya kemahuan anda sendiri.
    • Anda tidak menyentuh insan lain kecuali insan tersebut ingin/membenarkan anda menyentuhnya.
  • “Bulatan Pelukan Mesra – Biru ”
    • Hanya segelintir insan yang boleh memeluk anda dan sebaliknya – Seperti ibu dan ayah
  • “Bulatan Pelukan – Hijau ”
    • Terdapat segelintir lagi insan yang anda berikan pelukan biasa yang tidak intim seperti kawan pada hari istimewa.
  • “Bulatan Jabat Tangan – Kuning ”
    • Anda berjabat tangan dengan kenalan ataupun apabila anda diperkenalkan dengan seseorang.
  • “Bulatan Lambaian – Oren ”
    • Anda melambai tangan atau mengangguk kepala kepada mereka yang anda kenali.
  • “Bulatan Orang Asing – Merah ”
    • Anda tidak menyentuh orang yang tidak anda kenali.
    • Orang yang tidak anda kenali tidak akan menyentuh anda.
    • Sentuhan boleh berlaku apabila anda berurusan dengan ahli komuniti .
    • Anda yang menentukan siapa yang boleh menyentuh diri anda. Sekiranya anda tidak selesa, katakan ‘berhenti’ dan terus beredar.

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nik Rubiah Nik Abd. Rashid
Miss Lim Siow Yen
Penyemak : Dr. Nazrila Hairizan bt. Nasir

 

Artikel Berkaitan

Dismenorea

Dismenorea atau senggugut bermaksud sakit sewaktu datang haid.

Shisha (Paip Air)

Pengenalan Memperkatakan tentang shisha, anda akan terbayang  sekumpulan rakan-rakan  yang

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,211,720

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia