A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Implan Silikon

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

SILIKON

Silikon ialah kumpulan kompaun kimia dimana elemen silikon terdapat pada pasir, kuartza dan batu secara semulajadi. Silikon terbentuk apabila ia dicampur dengan oksigen, hidrogen dan karbon.

Silikon terdapat dalam beberapa bentuk cecair atau pepejal. Sekiranya berat molekul silikon rendah ia  menjadi minyak, pada berat molekul sederhana menjadi gel dan berat molekul tinggi pula menjadi elastomer (bahan penganjal), getah dan lain-lain.

Pembedahan Kosmetik

Pembedahan kosmetik tidak terhad hanya pada bahagian muka kerana hampir seluruh tubuh boleh diperbetulkan dengan pelbagai teknik yang boleh dipilih mengikut kehendak individu. Pembedahan kosmetik yang selalu dilakukan adalah untuk membesarkan payu dara (breast augmentation),  memancungkan hidung, mencantikkan bibir,  dagu dan dahi.

Kebanyakkan pembedahan kosmetik mengunakan silikon atau bahan pepejal (fillers) sebagai bahan implan.

Prosedur Implan

Pembesaran payu dara adalah prosedur pembedahan dengan memasukkan implan silikon di bawah tisu payu dara atau otot dada mengikut saiz yang dikehendaki.

Pembedahan selalunya dilakukan dengan menoreh bahagian yang hendak dimasukkan implan.

Implan hidung dan dagu dilakukan dengan menoreh bahagian bawah dagu atau hidung  dan menyuntik silikon atau bahan pepejal (fillers) yang bersesuaian terus kebahagian yang dikehendaki.

Risiko Implan

Seperti pembedahan lain, pembedahan kosmetik juga mempunyai risiko seperti jangkitan dan komplikasi yang boleh menyebabkan kematian.

Mereka yang menjalani implan dan pembedahan payu dara akan menghadapi beberapa komplikasi seperti berikut:-

Pecah – Implan boleh pecah atau bocor dan cecair akan mengalir kedalam payu dara, kulit dan tisu disekelilingnya. Ini terjadi sekiranya anda terlanggar objek tumpul semasa kemalangan atau kemungkinan keretakan berlaku pada pembalut silikon. Anda adalah dinasihati menjalani ujian MRI setiap dua tahun, selepas tahun ketiga melakukan implan. Silikon yang pecah menyebabkan rasa sakit atau perubahan pada bentuk di bahagian implan.

Jangkitan – salah satu komplikasi yang dialami ialah jangkitan pada bahagian pembedahan. Pada lazimnya antibiotik tidak boleh merawat jangkitan sebegini,  sekiranya jangkitan menjadi parah pembedahan  hendaklah dilakukan untuk mengeluarkan implan tersebut.

Kesakitan – anda akan mengalami kesakitan selepas pembedahan
sekiranya implan pecah atau kapsul menegang (keras). Jika ini berlaku, anda memerlukan rawatan khusus iaitu pembedahan untuk mengeluarkan implan tersebut.

Hematoma – Darah dan cecair akan berkumpul disekeliling implan, menyebabkan kesakitan dan jangkitan.

Tidak selesa –  mengalami perubahan sensasi (tiada sensasi) pada payu dara dan puting, atau rasa tidak selesa dibahagian implan.

Pembedahan berulang – anda mungkin memerlukan beberapa pembedahan, samada untuk mengantikan implan atau mengeluarkan implan.

Lain-lain risiko adalah – berparut, silikon menjadi keras, bernanah, komplikasi anestesia, alergi, atau keracunan silikon.{showhide}

I

Implan

Implan Gigi

Implan Silikon

Inhaler

Inkontinen Urin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,240,289

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia