A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Pelbagai kaedah kontraseptif untuk merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, kesan sampingan yang minima  dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati. Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum diketahui ramai adalah Implan.

Implan adalah kaedah kontraseptif berbentuk rod kecil yang dipasang di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas. Ia merupakan kaedah hormon yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan. Pada keadaan biasa, wanita yang menggunakan implan akan kembali subur serta merta selepas alat tersebut di keluarkan. Implan juga tidak mengganggu hubungan seks

Implan adalah rod plastik kecil sebesar batang mancis yang mengandungi hormon sintetik progestin iaitu menyerupai hormon semulajadi progestrogen dalam badan wanita. Saiz, bilangan dan kandungan hormon progestin dalam rod ini berbeza-beza bergantung kepada jenis implan yang digunakan.

Apabila rod ini dimasukkan di bawah lapisan kulit, ia akan mengeluarkan hormon progestin secara perlahan-lahan di dalam badan pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.  Ia bertindak untuk mencegah ovulasi dan menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma. Implan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, walaubagaimanapun jenis implan yang terdapat di Malaysia pada masa kini mempunyai jangkahayat untuk tempoh 3 tahun sahaja.

Bagaimana implan dimasukkan?

Caranya adalah dengan menyuntik anestetik (ubat bius) pada kulit di bahagian lengan atas pada tangan  yang tidak dominan. Kemudian, alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implan di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit.

Jika ia dimasukkan pada waktu yang sesuai mengikut kitaran kesuburan wanita, kesan kontraseptif dapat berfungsi dengan segera. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mempastikan ia dimasukkan dengan betul dan dapat berfungsi dengan baik serta mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian yang dimasukkan.

Pemilihan kaedah bergantung kepada keadaan individu. Ia mengambilkira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan ibu, pengambilan ubat-ubatan dan lain-lain.Dapatkan nasihat mengenai kaedah kontraseptif yang paling sesuai daripada doktor atau petugas kesihatan.

I

Implan

Implan Gigi

Implan Silikon

Inhaler

Inkontinen Urin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,202,846

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia