A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Diabetes dan Anda

Diabetes dan Anda

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Sewaktu proses pencernaan, semua makanan yang kita makan seperti karbohidrat, gula lain dipecahkan kepada glukos, iaitu gula dalam darah.

Glukos yang wujud dalam aliran darah ini adalah juga makanan kepada sel-sel badan. Walau bagaimanapun, sel-sel badan tidak mampu menyerap glukos ini tanpa bantuan insulin.

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas dan fungsinya ialah mengawal paras glukos dalam darah.

Apabila insulin mencernakan glukos, sel-sel badan menjadi aktif, langsung berupaya menyerap glukos. Proses ini mengembalikan kadar gula dalam darah ke paras normal.

Kencing Manis atau Diabetes Mellitus menjejaskan keupayaan badan kita menggunakan glukos secara berkesan.

Diabetes Jenis 1 ialah keadaan dimana kelenjar pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup. Dalam keadaan ini glukos tidak dapat diserap untuk mengisi sel-sel badan.

Diabetes Jenis 2 pula ialah keadaan dimana insulin yang dihasilkan tidak berfungsi  dengan betul. Dalam keadaan ini, glukos tidak dapat diserap secara konsisten oleh sel-sel badan.

Secara ringkasnya,  kedua-dua jenis diabetes ini memberi kesan yang sama di mana sel-sel badan tidak dapat menyerap glukos dengan efektif

Inilah sebabnya mengapa pesakit-pesakit diabetes mempunyai kadar glukos yang tinggi dalam darah mereka

Tanpa penyerapan glukos yang sepatutnya daripada aliran darah, sel-sel badan turut kebuluran

Tidak kira samada diabetes jenis 1 atau 2, pesakit sewajarnya mengawal kadar gula dalam darahnya

Penyakit, diabetes boleh dikawal melalui diet pemakanan dan perubatan yang bersesuaian serta gaya hidup yang sihat

D
Dengkur
Diabetes dan Anda

 

Artikel Berkaitan

Lumbar Puncture

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/lumbar puncture/lumbar puncture.flv[/flv] Download:   Tebukan spinal atau lumbar puncture 

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,059,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia