A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

 

  1. Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan anak lelaki dan perempuan.
  2. Terdapat dua jenis talasemia, iaitu pembawa gen talasemia dan pesakit talasemia.
  3. Pembawa gen talasemia tidak menujukkan sebarang tanda atau masalah kesihatan. Ia hanya boleh dikesan melalui ujian talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anaknya.
  4. Semasa lahir, pesakit talasemia biasanya kelihatan normal.  Dan apabila berusia 3 hingga 18 bulan, bayi akan mula menunjukkan tanda anemia dan akan menjadi semakin serius. Apabila mula membesar, bayi akan mula menunjukkan tanda seperti pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah, juga mengalami anemia serius yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  5. Tanpa rawatan sempurna, pesakit akan mengalami tanda dan gejala seperti perut membesar kerana pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran yang terbantut, perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal juga jaundis.
  6. Pesakit talasemia memerlukan rawatan seperti :
    – Pemindahan darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat
    – Pemindahan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin seterusnya mampu merosakkan fungsi organ tersebut.
    – Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan 5 kali seminggu.
    – Pemindahan sum sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
  7. Jika anda mempunyai sejarah keluarga talasemia, seorang remaja dan belum berkahwin, jalanilah ujian talasemia segera.
  8. Jalanilah ujian talasemia bagi masa depan anak anda.
T

Tahap Kejadian Karies Gigi

Talasemia

Tebukan Spinal

Tekanan Darah Tinggi

Teknik Penyusuan Susu Ibu

Tonsillitis

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,202,673

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia