A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

 

Skoliosis ialah keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.

Tulang yang sepatutnya berbentuk lurus akan kelihatan seperti bentuk ‘S’ atau ‘C.’ Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Skoliosis boleh berlaku akibat pelbagai sebab: antaranya ialah faktor genetik, peringkat akil baligh, dan akibat masalah pada  tulang atau otot.

Jenis-jenis Skoliosis.

Skoliosis Kongenital  adalah disebabkan oleh kecacatan tulang belakang yang dialami sejak lahir. Skoliosis Neuromuscular pula disebabkan oleh kecacatan otot atau saraf. Ia biasanya dialami oleh pesakit ‘Spina Bifida’ atau ‘Cerebral Palsy’ .

Skoliosis Degenerative – disebabkan kecederaan akibat dari kemalangan, penyakit atau pembedahan tulang belakang. Skoliosis Idiopatik, jenis yang paling kerap berlaku. Punca sebenar tidak diketahui tapi mungkin berkaitan dengan faktor genetik. Ia lebih kerap berlaku dikalangan perempuan berbanding lelaki.

Tanda-tanda Skolisosi bergantung pada darjah pembengkokan tulang belakang.

Bagaimana Mengesan Skoliosis?

Langkah 1

Berdiri di hadapan cermin dan perhatikan tanda-tanda berikut:

  1. Paras bahu yang tidak sama tinggi
  2. Sebelah bahu membonjol
  3. Sebelah pinggang lebih tinggi
  4. Paras punggung yang tidak sama
  5. Badan membongkok atau cenderung ke satu arah

Langkah 2

-Membongkok ke hadapan sebanyak 90 darjah
-Rapatkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah bawah kaki paras lutut

Langkah 3

-Perhatikan dari belakang
-Belakang yang lurus – Keadaan Normal
-Ada bonggol di sebelah kanan – Berkemungkinan ada Skoliosis

-Dalam kes pembengkukan yang teruk di mana  kelengkungan melebihi 40 darjah, tanda-tanda yang dialami ialah kesakitan, cepat panas  , kebas, kesukaran berjalan  dan masalah penghadaman.

-Dalam kes yang lebih kronik dengan kelengkungan melebihi 60 darjah pula, kecacatan yang dialami boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Rawatan harus diberikan pada peringkat awal wujudnya lengkungan di tulang belakang. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai komplikasi terutama masalah pada jantung dan paru-paru.

Rawatan untuk Skoliosis bergantung pada kelengkungan tulang belakang. Dalam kes yang sederhana, alat pendakap atau rigid brace digunakan untuk menyokong tulang belakang.

Antara senaman yang boleh membantu keadaan ialah berenang, meregang dan pernafasan.

Pembedahan hanya dilakukan apabila sakitnya semakin teruk atau mengakibatkan kecacatan fizikal, serta menjejaskan kesihatan jantung dan paru-paru.

S
Senggugut
Sinusitis
Skoliosis

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,240,108

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia