Anak Tidak Sah Taraf

Pendahulan

Kelahiran anak luar nikah di negara ini semakin meningkat. Banyak kes yang dilaporkan oleh media cetak dan media elektronik berkaitan dengan kelahiran bayi luar nikah seperti pembuangan bayi di tempat pembuangan sampah, tandas ,surau dan lain – lain. Kelahiran anak luar nikah yang bertambah memberi petunjuk kepada kita untuk berganding bahu secara bersama bagi mendepani cabaran tersebut. Senario ini sesuatu yang membimbangkan.

Remaja adalah penyumbang besar kepada kejadian kes kelahiran anak luar nikah. Perkembangan ini sangat membimbangkan dan tidak baik untuk membina struktur keluarga yang sejahtera dan pembinaan sebuah negara yang maju.

Definisi

Anak luar nikah membawa maksud seseorang bayi yang dilahirkan oleh seorang ibu tanpa ikatan perkahwinan yang rasmi. Anak itu dilahirkan sama ada disebabkan berlaku hubungan seks secara bebas atau kerana si ibu telah dirogol oleh lelaki lain (Portal Majlis Fatwa Kebangsaan).

Terdapat juga bagi sesetengan kepercayaan masyarakat tertentu melahirkan anak daripada hubungan seks di luar perkahwinan dan kemudian mereka membuat upacara tertentu mengiktiraf anak berkenaann namun ia tetap dianggap sebagai anak luar nikah.

Statistik

Mohd Azis Ngah, 17303 anak luar nikah didaftar 2009, Berita Harian Online, 21 Mac 2010

Punca / Gejala

Pengamal Perlakuan Berisiko

Golongan remaja yang suka melakukan aktiviti perlakuan berisiko seperti merokok,minum arak,menonton video lucah dan penyalahgunaan dadah merupakan sebahagian punca kepada aktiviti seks luar nikah. Aktiviti yang tidak sihat itu biasanya dilakukan secara kumpulan dan mereka terdiri daripada kumpulan yang menolak sistem peraturan baik peraturan sekolah, masyarakat dan negara.

Melalui aktiviti berkumpulan dan melibatkan percampuran lelaki dan perempuan secara bebas menjadikan kecenderungan melakukan hubungan seks berlaku dan akhirnya menyebabkan kelahiran anak luar nikah terjadi.

Kemiskinan

Kenaikan kos sara hidup yang tinggi menjadi pencetus kepada pasangan keluarga untuk bekerja. Wang diperlukan untuk pembiayaan keperluan asas seperti sewa rumah, sewa kenderaan, kos kesihatan, kos pendidikan, makanan dan lain – lain.

Bagi mencari rezeki tersebut, pengorbanan dari segi masa bersama anak – anak terpaksa dilakukan. Anak – anak yang semakin meningkat remaja pula mempunyai banyak masa seepas pulang ke sekolah. Kesepian diri di rumah digunakan untuk bersama rakan-rakan membuat aktiviti kumpulan masing-masing. Pada masa ketika inilah jika anak-anak tersiplap memilih rakan, aktiviti yang bersifat anti sosial akan berlaku.

Tidak Mengamalkan Seks selamat

Kelahiran anak luar nikah berlaku kerana pasangan lelaki tidak mempunyai pengetahuan untuk mengamalkan seks selamat. Penggunaan kondom adalah salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan kehamilan, malah boleh mencegah diri daripada mendapat penyakit kelamin atau penyakit AIDS.

Program Untuk Pencegahan kehamilan Luar Nikah

  1. Sesi kaunseling individu
  2. Sesi kaunseling kelompok
  3. Program Bimbingan Jauhi Zina
  4. Aktifkan diri dalam aktiviti ko – kurikulum di sekolah
  5. Melaksanakan Program kemasyarakatan seperti gotong – royong, lawatan sosial dan sebagainya

Stigma Terhadap Anak Luar Nikah

Sebagai ahli anggota masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dipandang tinggi oleh masyarakat luar, seharusnya kita tidak melabel dan menghukum anak luar nikah yang dilahirkan. Secara umumnya semua ketahui bahawa bayi kecil tidak berdosa, dan mereka tidak sepatutnya mendapat penghinaan atau ejekan dengan kata-kata kasar mahupun kesat. Anak–anak luar nikah di luar sana adalah seperti anak- anak yang lain yang memerlukan perhatian dan didikan kasih sayang dengan sempurna.

Firman Allah s.w.t
“ Setiap diri manusia itu tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh manusia yang lain”.

Pusat Pemulihan Remaja Di bawah Majlis Agama Islam Selangor

  1. RAUDATUS SAKINAH
     Lot 300/3, 
     Lorong Selangor,
     Pusat Bandar Melawati,
     53100 Kuala Lumpur.     
     Jantina : Perempuan
     Sasaran : Remaja
     Kategori : Masalah Sosial / Terlanjur
     No. Tel : 03-41073379/013-3893379
     No. Faks : 03-41071754
     (Pn. Yusnani bt Abdul Hamid)

  2. RUMAH IKHTIAR
     No. 65 Ladang Timur, Divisyen B,
     Sime Darby Plantation,
     42960 Pulau Carey, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja / Dewasa
     No. Tel : 013-2566918
     En. Hanapiah bin Abu Shahir

  3. RUMAH PENAWAR
    Mukim Ijok, Bukit Cerakah,
    42200 Kapar, Selangor.
    Jantina : Lelaki
    Sasaran : Remaja / Dewasa
    No. Tel : 019-2087383/012-2595609/013-250 2404
    (Ust. Mohd Halimbin Mokhlas / En. Rahim bin Saad)

  4. BELA INSAN (PROGRAM PEMULIHAN DADAH BELA INSAN)
    Dewan Orang Ramai, Lorong G2,
    Kg. Pandan 55100 Kuala Lumpur.
    Jantina : Lelaki
    Sasaran : Remaja / Dewasa
    Kategori : Perlindungan dan Pemulihan
     No. Tel : 013-3385530 / 017-3593471
     (En. Jofri bin Abu Bakar / En. Mohd Zarain bin Mohd Noor)

  5. PROKIM
     No. 15-1 Jalan Pandan Indah 6/1,
     55100 Ampang, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja / Dewasa
     Kategori : Penagih Dadah / HIV / AIDS
     No. Tel : 03-4296 1755 / 019-218 1755
     No. Faks: 03-42962755
     (En. Aminuddin bin Ismail)

  6. BAITUL ISLAH PERHID SHAH ALAM
     No. 3, Jalan Kota Raja L27/L,
     Pusat Bandar Hicom,
     404000 Shah Alam, Selangor.
     Jantina : Perempuan
     Sasaran : Remaja
     Kategori : Masalah Sosial / Terlanjur
     No. Tel : 03-51929226 / 019-2634227
     No. Faks: 03-51929226
     (En. Mohd Roslan bin Mohamad Isa)

  7. ISTANA BUDI
     C 25, Kg. Melayu Sri Kundang,
     Tasik Biru Kuang,
     48050 Rawang, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja  / Dewasa
     Kategori : Masalah Dadah / HIV/AIDS
     No. Tel : 03-90213730/019-2572717
     (Hj. Idris bin Hj. Hussin)

  8. RUMAH DARUL UKHUWAH
     No. 11, Lorong 4/48C,
     Seksyen 4, P.J Old Town,
     Petaling Jaya, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja  / Dewasa
     Kategori : Masalah Dadah / HIV/AIDS
     No. Tel : 019-3641643
     (Ust. Muhammad bin Abdullah)

  9. RUMAH PENJAGAAN DAMAI
     Lot 3294 Batu 7, Lorong Haji Abu Bakr,
     Jalan Kebun,
     41200 Klang, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja  / Dewasa
     Kategori : Rawatan / Penjagaan
     No. Tel : 03-51613271/019-6833664/019-2625114
     No. Faks : 03-51613271
     (Ust. Muhammad bin Abdullah)

  10. RUMAH SAHABAT SIDIM
     No. 56 Jalan Orkid 2, Kelab Golf,
     Bukit Beruntung,
     48300 Rawang, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja  / Dewasa
     Kategori : Masalah Sosial / Penagih Dadah
     No. Tel : 013-6682940
     (En. Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)

  11. RUMAH SAHABAT SIDIM
     No. 56 Jalan Orkid 2, Kelab Golf,
     Bukit Beruntung,
     48300 Rawang, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja  / Dewasa
     Kategori : Masalah Sosial / Penagih Dadah
     No. Tel : 013-6682940
     (En. Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek)

  12. DARUL WARDAH
     Suite 02-02-06, Wisma MAIS,
     Seksyen 3, 40000 Shah Alam,
     Selangor Darul Ehsan.
     Jantina : Perempuan
     Sasaran : Remaja  / Dewasa
     Kategori : Masalah Sosial
     No. Tel : 03-55118994/016-4102767
     (Norazmiza Mamat)

  13. RUMAH KEBAJIKAN PERKID
     Lot 22-2, Medan Bukit Indah 2,
     Taman Bukit Indah,
     68000 Ampang, Selangor.
     Jantina : Lelaki / Perempuan
     Sasaran : Remaja
     Kategori : Masalah Sosial
     No. Tel : 03-42800730/019-2572717
     (Ust. Masrizi bin Sat)

  14. PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM
     Lot 46, Jalan 47, Bukit C,
     Kg Cheras Baru,
     56100 Kuala Lumpur.
     Jantina : Lelaki / Perempuan
     Sasaran : Anak-Anak Remaja HIV / AIDS
     Kategori : Penjagaan / Perlindungan
     No. Tel : 03-42950775
     No. Faks : 03-42951079
     (Pn. Hjh Norlina bt Haji Alawi)

  15. KEM MODAL INSAN KEWAJA
     No. 19, Jalan SG 5/4,
     Taman Seri Gombak,
     68100 Batu Caves, Selangor.
     Jantina : Perempuan
     Sasaran : Remaja / Dewasa
     Kategori : Masalah Sosial / Penjagaan / Perlindungan
     No. Tel : 013-3384868 / 03-61857736
     (En. Yahya bin Mohamed Yusof)

  16. RUMAH TEDUHAN KASIH
     No. 32, Jalan DM3,
     Desa MOCCIS,
     47000 Sungai Buloh, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja / Dewasa
     Kategori : Masalah Dadah / HIV / AIDS
     No. Tel : 019-6668006
     (En. Jaafar bin Daud)

  17. RUMAH KEBAJIKAN DARUL ISLAH
     No. 5 Jalan Sultan,
     Sg. Tengar, Sg. Air Tawar,
     45100 Sabak Bernam, Selangor.
     Jantina : Lelaki
     Sasaran : Remaja / Dewasa
     Kategori : Masalah Sosial / Penagih Dadah

    No. Tel : 019-7149345 / 012-2768057 / 013-3899321
     (Tn. Hj. Hassan Shazili bin Hj. Ahmad Shuhod / Pn. Siti Hasnah)

Rujukan:

1

Rahman A, Katzive L, Henshaw SK: A global review of laws on induced abortion, 1985–1997. International Family Planning Perspectives. 1998, 24: 56-64.

2

Wu ZC, Viisainen K, Wang Y, Hemminki E: Perinatal mortality in rural China: retrospective cohort study. British Medical Journal. 2003, 327: 1319-1322.

3

Rigdon SM: Abortion law and practice in China: an overview with comparisons to the United States. Social Science & Medicine. 1996, 42: 543-560. 10.1016/0277-9536(95)00173-5.

4

Omar, K., Hasim, S., Muhammad, N.A., Jaffar, A., Hashim, S.M. & Siraj, H.H. 2006. Adolescent pregnancy outcomes and risk factors in Malaysia. International Journal of Gynecology & Obstetrics, 111 (3), 220-223

5

Mohd Azis Ngah,17303 anak luar nikah didaftar 2009, berita Harian Online,21 Mac 2010

 

Semakan Akhir : 15 Ogos 2017
Penulis : En. Taufiq b. Mahmud
Akreditor : Tn. Hj. Hairol Kamal b. Abd. Rahman