A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 8 pelajar keracunan makanan

8 pelajar keracunan makanan

Utusan Malaysia

Jumaat, 29/04/2011

8 pelajar keracunan makanan

MELAKA 28 April – Lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim di sini dikejarkan ke Hospital Melaka setelah mengalami keracunan makanan disyaki selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah tersebut hari ini.

Difahamkan, kesemua pelajar perempuan tersebut tiba di hospital terbabit menaiki tiga buah ambulans selepas mereka mengadu sakit perut.

Salah seorang ibu pelajar berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendapat panggilan daripada pihak sekolah mengatakan dua anak perempuannya dibawa ke Hospital Melaka akibat keracunan makanan.

“Pihak sekolah menelefon saya kira-kira pukul 12 tengah hari memaklumkan anak saya mengalami sakit perut kerana keracunan makanan selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah pada pukul 10 pagi.

“Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku, malah sebelum ini saya sudah beberapa kali mengadu tentang makanan di kantin sekolah tersebut yang kurang memuaskan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital di sini hari ini.

Salah seorang pelajar yang sempat ditemui mendakwa, selain nasi goreng, makanan seperti kentang goreng yang dijual berlendir.

“Akibatnya, saya mengalami sakit perut selepas mengambil makanan itu,” katanya yang enggan dikenali.

Sementara itu, tinjauan di bahagian Farmasi Klinik Pakar Hospital Melaka mendapati, beberapa pelajar sedang mendapatkan ubat setelah mengalami sakit perut.

Usaha pemberita untuk menemubual pelajar juga cuba dihalang beberapa guru sekolah terbabit.

Malah beberapa ibu bapa pelajar berkenaan yang ditemui juga enggan mengulas lanjut atas arahan guru sekolah.

Kesemua pelajar terbabit bagaimanapun dilihat meninggalkan pekarangan hospital selepas kira-kira dua jam kemudian.

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Galeri Media

Semua bahan multimedia adalah terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan

Dementia

Introduction Dementia is a regressive disease of the brain. It

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,204,562

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia