A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ubat Ketuat

Ketuat ialah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh virus jenis Human Papilomavirus. Ketuat biasanya hilang tanpa perlukan rawatan terutama di kalangan kanak-kanak. Bagi orang dewasa, tempoh yang lebih lama diperlukan untuk ketuat hilang sepenuhnya. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghilangkan ketuat dengan lebih cepat. Namun setiap kaedah yang digunakan memberikan kesan yang berbeza bergantung kepada usia pesakit, tahap kesihatan dan juga jenis ketuat.

Antara kaedah yang sering digunakan untuk menghilangkan ketuat biasa (common wart) ialah:

  1. Salicylic Acid
    1. Boleh didapati dalam bentuk krim, gel, cecair atau pelekat berubat.
    2. Bertindak dengan cara melembutkan lapisan kulit yang membentuk ketuat secara berterusan agar ketuat tersebut mudah untuk ditanggalkan.
    3. Rawatan perlu dilakukan setiap hari selama 12 minggu atau lebih.
    4. Tidak boleh digunakan untuk ketuat pada kawasan kulit muka.
    5. Sebelum menggunakan Salicylic Acid, pesakit perlu memberitahu doktor atau ahli farmasi sekiranya mereka mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat-ubatan lain, alahan kepada ubat atau mempunyai masalah kesihatan yang lain.
  2. Cryotherapy(pembekuan)
    1. Merupakan rawatan oleh doktor dengan menggunakan cecair nitrogen yang diletakkan pada ketuat selama beberapa saat untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang dijangkiti. Selepas rawatan, kesan melepuh akan terbentuk dan diikuti dengan kuping yang akan tertanggal dalam tempoh 7-10 hari selepas rawatan.

Pesakit harus berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai masalah seperti berikut:

  1. Mengesyaki ketumbuhan tersebut adalah bukan ketuat
  2. Mempunyai ketuat pada kulit muka atau bahagian kemaluan
  3. Mempunyai ketuat yang banyak pada bahagian tertentu
  4. Mengalami kesakitan, gatal, kesan terbakar atau berdarah pada bahagian ketuat
  5. Sistem imun tubuh berada pada tahap yang rendah
  6. Menghidap penyakit diabetes / kencing manis

Setiap individu berisiko dijangkiti oleh virus Human Papilloma dan akan membentuk ketuat. Bagi membantu menghalang pertumbuhan ketuat, pelbagai langkah boleh diambil seperti:

  1. Tidak menyentuh tempat yang dijangkiti ketuat
  2. Membasuh tangan selepas merawat ketuat
  3. Tidak berkongsi tuala, kasut atau stoking dengan individu yang mempunyai ketuat
  4. Memakai selipar / alas kaki semasa menggunakan bilik air atau kolam mandi awam
  5. Memastikan tapak kaki sentiasa kering bagi mengelakkan dijangkiti ketuat

Rujukan

  1. www.aad.org
  2. www.nhs.uk
  3. www.miamidermatologycenter.com
  4. www.webmd.com
Semakan Akhir : 30 Jun 2016
Penulis : Nur Haida bt. Muhammad
Akreditor : Mohd Dziehan bin Mustapa

Artikel Berkaitan

Ubat Steroid Topikal

Pengenalan Ubat steroid topikal ataupun lebih dikenali sebagai ‘corticosteroids’ ialah

Produk Pemutih/Pencerah Kulit

Produk pemutih/pencerah kulit yang dibenarkan dalam pasaran adalah merujuk kepada krim, losyen atau sediaan lain yang digunakan secara luaran sahaja. Ianya sama sekali tidak termasuk produk yang digunakan secara suntikan atau dimakan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,228,970

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia