Home > Umum > Terapi Bahasa & Pertuturan > Mari Belajar Menyebut Bunyi Vokal

Mari Belajar Menyebut Bunyi Vokal

Bunyi vokal

Bunyi vokal ialah bunyi yang terhasil apabila udara dari paru-paru mengalir keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan.

Udara yang keluar secara berterusan ini menggetarkan pita suara untuk menghasilkan bunyi. Sekiranya pita suara tidak bergetar, maka bunyi tidak terhasil.

Rajah di bawah menunjukkan pengaliran udara yang menghasilkan bunyi vokal.

Rajah aliran udara keluar untuk hasilkan bunyi vokal Sumber: http://shamelesssinging.com

Kumpulan bunyi vokal

Sumber: http://blog.maketaketeach.com

Secara umumnya, terdapat lapan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu moden. Bunyi-bunyi vokal ini dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pembahagian kumpulan ini adalah berdasarkan cara penghasilan vokal-vokal ini.

  1. Vokal depan: [i], [e], [?], [a]
  2. Vokal tengah: [?]
  3. Vokal belakang: [o], [u], [?]

Penghasilan bunyi vokal

Cara penghasilan setiap bunyi vokal adalah berbeza. Penghasilan bunyi vokal mempunyai kaitan rapat dengan bentuk bibir sama ada bulat, ataupun hampar, di samping kedudukan lidah, sama ada di depan, di tengah mahupun di belakang.

Namun, terdapat juga persamaan dalam penghasilannya iaitu pita suara mesti bergetar dan lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung.

Penutupan rongga hidung adalah untuk mengelakkan udara terlepas keluar melalui hidung yang akan menyebabkan bunyi sengau terhasil.

Rajah di bawah menunjukkan struktur-struktur mulut yang terlibat dalam penghasilan bunyi vokal:

Rajah struktur mulut Sumber www.bukharis.net

Rajah bentuk bibir hampar dan bundar Sumber: assignment.oum.edu.my

Huraian di bawah akan menerangkan perbezaan yang terlibat dalam penghasilan setiap bunyi vokal.

Vokal

 Jenis

Cara membunyikan

Contoh perkataan

[i]

Vokal depan tertutup

  1. Bentuk bibir hampar
  2. Kedudukan depan lidah naik setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras

Ikan Bila Tali

[e]

Vokal depan separa tertutup

  1. Bentuk bibir hampar
  2. Kedudukan depan lidah naik setinggi mungkin ke arah gigi gusi

Enak Teleng Tauge

[?]

Vokal depan separa terbuka

  1. Bentuk bibir hampar
  2. Kedudukan lidah depan naik separuh rendah ke arah gusi

Esa Belek Tauge

[a]

Vokal depan terbuka

  1. Bentuk bibir hampar
  2. Kedudukan depan lidah turun serendah mungkin

Awan Kadar Siapa

[?]

Vokal tengah

  1. Bentuk bibir antara hampar dengan bulat
  2. Kedudukan tengah lidah naik ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras

Emak Penat Sosialisme

[u]

Vokal belakang tertutup

  1. Bentuk bibir bulat
  2. Kedudukan belakang lidah naik setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut

Ubat Bulat Batu

[o]

Vokal belakang separa tertutup

  1. Bentuk bibir bulat
  2. Kedudukan belakang lidah naik separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut

Orang Tolong Koko

[?]

Vokal belakang separa terbuka

  1. Bentuk bibir bulat
  2. Kedudukan belakang lidah naik separuh rendah

Ombak Bolot Teko

Video:

  1. Vokal depan tertutup [i]
  2. Vokal depan separa tertutup [e]
  3. Vokal depan separa terbuka [?]
  4. Vokal depan terbuka [a]
  5. Vokal tengah [?]
  6. Vokal belakang tertutup [u]
  7. Vokal belakang separa tertutup [o]
  8. Vokal belakang separa terbuka [?]

Rujukan

  1. Roslan Daud, (2012). Penghasilan Bunyi Vokal. Diambil dari pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=207assignment.oum.edu.my./uploadasg/HBML1203SMP/18544/691121115118_151346_final.pdf, pada 1 September 2015
Semakan Akhir : 23 Februari 2016
Penulis : Rasyikah bt. Mansur
Akreditor : Zaidi bin Ya’acob