A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 350 juta hidap diabetes

350 juta hidap diabetes

Utusan Malaysia

Isnin, 27/06/2011

350 juta hidap diabetes

LONDON 26 Jun – Hampir 350 juta orang dewasa di seluruh dunia dilaporkan menghidap diabetes, iaitu dua kali ganda sejak 1980, berdasarkan satu kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet semalam.

Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard menganalisis gula dalam darah 2.7 juta orang berumur 25 tahun ke atas di seluruh dunia dan menggunakan keputusan itu untuk menganggarkan jumlah pesakit diabetes.

Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes meningkat dua kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta orang pada 2008.

Tahap gula yang tinggi dalam darah dan diabetes membunuh tiga juta orang di seluruh dunia setiap tahun.

Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama yang mengakibatkan peningkatan penghidap diabetes adalah hidup yang lama dan berat badan terutama bagi wanita.

‘‘Kajian kami menunjukkan diabetes semakin meningkat seluruh dunia.

‘‘Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol yang menurun di kebanyakan rantau. Diabetes sukar untuk dibendung dan dirawat berbanding penyakit lain,’’ kata ketua pengkaji bersama, Majid Ezzati dari Kolej Imperial London.

Kajian itu menunjukkan seorang daripada tiga wanita dan seorang daripada empat lelaki menghidap diabetes di Kepulauan Marshall.

Ia berkata, peningkatan jumlah penghidap diabetes di negara-negara barat Eropah pula hanya kecil.

– AFP

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Temper Tantrum

What are temper tantrums? Temper tantrums are the expression of

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,082,416

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia