A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mengapa perpisahan itu satu stres?

  • Perpisahan biasanya merupakan satu peristiwa yang pahit dalam kehidupan seseorang, terutama sekali apabila wujud konflik yang berterusan mengenai perkiraan yang perlu dilakukan
  • Secara amnya adalah sukar bagi seseorang itu menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri mengikut keadaan selepas berlaku perpisahan
  • Seseorang akan merasa payah untuk berpisah setelah sekian lama menjalin hubungan
  • Walaupun pasangan itu telah berpisah, perasaan mereka masih utuh. Perasaan ini akan kekal untuk jangka masa yang lama

Apakah punca perceraian dan perpisahan?

  • Tidak mendapat khidmat nasihat sebelum kahwin atau kursus perkahwinan
  • Ketidakserasian
  • Menghadapi banyak tekanan perhubungan dan pergaulan dalam keluarga
  • Perpecahan yang berlaku di dalam keluarga besar akan meninggalkan keluarga nuklear tanpa sokongan
  • Kurang berkeupayaan dalam menangani konflik dan kemahiran penyelesaian masalah
  • Menghadapi stres yang khusus seperti masalah kewangan, masalah ketagihan arak / penyalahgunaan dadah atau masalah emosi

Bagaimana anak – anak remaja bertindak balas terhadap perpisahan dan penceraian ibu bapa mereka?

Antara perasaan dan tingkah laku yang dirasai dan ditunjukkan oleh mereka adalah:

  • Marah dan mengamuk
  • Bersalah dan menyesal yang teramat sangat
  • Takut dan rasa tidak selamat
  • Rasa terbuang dan kesepian
  • Penolakan atau merasa tidak diperlukan
  • Menghadapi kesulitan untuk menerima hakikat terputus hubungan
  • Menghadapi masalah untuk membuat keputusan dan keliru, perasaan berbelah bahagi antara ibu dan bapa
  • Mengalami perasaan yang tidak menentu
  • Kelakuan seakan lumpuh dan menakutkan
  • Makan berlebihan atau kurang makan
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Kecenderungan berlaku kemalangan
  • Mengigau atau mengalami gangguan tidur
  • Menangis keterlaluan secara tiba-tiba
  • Tidak berupaya untuk belajar
  • Rasa kehilangan – daripada rumah dan kehidupan
  • Mengasingkan diri, kurang berinteraksi dengan orang lain
  • Rasa rendah diri, kurang keyakinan diri
  • Masalah penyesuaian

Bagaimanakah cara terbaik mengatasi keadaan berkenaan?

Ia dapat membantu jika:

  • Anda tidak menyaksikan ibu bapa anda bergaduh, memaki, menjerit, menangis, menjadi sedih, meratap, menghina dan membuat ancaman dengan menunjukkan keganasan
  • Ibu bapa anda tidak memperalatkan anda dengan memberi maklumat negatif berkaitan antara mereka
  • Ibu bapa anda tidak memburuk – burukkan antara mereka di hadapan anda
  • Ibu bapa anda mengekalkan hubungan baik dengan anda sama ada bersemuka ataupun melalui telefon
  • Ibu bapa anda tidak mungkir janji (seperti berjanji untuk melawat atau menelefon, berbuat sesuatu atau pergi bersama mereka, tetapi tidak menepati janji). Menepati janji adalah mustahak
  • Ibu bapa anda tidak bergantung kepada anda berhubung dengan perceraian dan perpisahan mereka
  • Ibu bapa anda meluangkan masa bersama anda, membaca buku cerita, bersukan dan mengambil bahagian dalam aktiviti luar
  • Ibu bapa menerangkan kepada anda bahawa anda tidak bertanggungjawab di atas apa yang terjadi
  • Ibu bapa anda memberi kebenaran untuk bertanya. Anda perlu memahami kenapa perpisahan di antara mereka berlaku
  • Anda bersedia terhadap kemungkinan ibu bapa anda mempunyai perhubungan yang baru
  • Ibu bapa menjadi contoh ikutan yang baik untuk anda

Di manakah anda boleh dapatkan bantuan?

Pendapat remaja yang pernah mengalami perpisahan kedua ibu bapa mereka, menyatakan bahawa mereka dapat menjalani hidup dengan lebih tabah dan yakin dengan cara meluahkan rasa kepada:

  • Ibu bapa
  • Rakan
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Hjh Normah binti Che Din
Penyemak : Dr. Mazni Bt. Mat Junus

 

Artikel Berkaitan

Berbelanja Atas Talian

Berbelanja atas talian adalah cara yang paling baru dan paling mudah untuk berbelanja terutamanya dikalangan remaja. Menurut tinjauan yang dilakukan di Amerika, 40% remaja terlibat dalam pembelian secara talian

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,368,677

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia