Ketegasan

Apakah ketegasan?

Ketegasan ialah mengambil tanggungjawab dan mampu mengawal diri sendiri. Ia adalah kemampuan untuk menyatakan pemikiran, perasaan dan kepercayaan secara jujur dan ikhlas. Pada masa yang sama mengambil kira kehendak dan perasaan orang lain.  

Siapakah yang dikatakan seorang yang tegas?

Mereka yang tegas ialah:

  • Menyatakan pemikiran, perasaan dan kepercayaan secara berterus terang, jujur dan terhormat.
  • Tidak mencabul hak asasi orang lain
  • Dapat menghalang orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya
  • Mempertahankan haknya.
  • Tidak mengganggu hak orang lain

Apakah kesan jika anda tidak tegas?

Anda akan:

  • Dibuli
  • Membeci diri sendiri
  • Mempunyai nilai diri yang rendah
  • Menjadi murung
  • Mengalami perasaan iri hati terhadap orang lain

Bagaimana anda mengatasinya?

Amalkan langkah-langkah berikut:

Belajar:

  • Berterus terang secara terhormat
  • Menyatakan pemikiran, perasaan dan kehendak terhormat
    • Contoh : “Harap maaf,saya tidak merokok”
  • Sentiasa membayangkan ketegasan dalam pemikiran anda

Amalkan untuk bersikap tegas:

  • Di hadapan cermin
  • Di hadapan kawan-kawan dan ahli keluarga

Dapatkan maklum balas di atas tindakan anda itu.

Di manakah anda boleh mendapatkan bantuan?

Anda boleh dapatkan nasihat dari:

  • Ibu bapa
  • Keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor
  • Guru-guru agama

ATAU

Dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai-pegawai yang Profesional:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Farahida binti Md dai
Penyemak : Pn. Shahidah Bt. Mohamed Makki