Kemahiran Berkomunikasi

Pengenalan

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Apakah komunikasi yang berkesan?

Komunikasi yang baik merangkumi:

  • Penerangan yang jelas
  • Menunggu giliran untuk bercakap
  • Tidak ada yang baik dan buruk
  • Membantah dengan tenang
  • Berkomunikasi dengan sopan di mana ia pendek dan jelas
  • Bertentang mata
  • Duduk tegak
  • Berkomunikasi dengan nada biasa
  • Bercakap bila perlu
  • Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
  • Meminta pertolongan dengan baik
  • Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Apakah komunikasi yang tidak berkesan?

Komunikasi yang tidak berkesan adalah:

  • Mencaci
  • Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
  • Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
  • Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
  • Bercakap sambil lewa
  • Menjerit
  • Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
  • Melepaskan geram

Apakah prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan?

  • Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
  • Mendengar dengan minat
  • Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
  • Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
  • Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar

Bagaimanakah keberkesanan mendengar?

  • Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
  • Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. Beri sepenuh perhatian
  • Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti “oh” atau “Umm-hmm”
  • Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan

Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?

  • Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
  • Anda akan mendapat ramai kawan
  • Anda akan lebih difahami
  • Anda akan lebih baik di sekolah

Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?

  • Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
  • Anda susah difahami oleh orang lain
  • Segala kemahuan tidak dapat dicapai
  • Anda tidak disukai

Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?

  • Guru anda
  • Kaunselor
  • Pegawai Komunikasi
  • Pakar Psikologi

Tip bagi komunikasi berkesannya

  • Bagaimana anda berkomunikasi dengan orang lain?
  • Jawab soalan – soalan di bawah dan jumlah skor yang anda peroleh

Bagi setiap kenyataan bulatkan 1, 2, atau 3 bergantung kepada keberkesanan anda berkomunikasi dengan seseorang.

Adakah anda pengucap yang efektif?
Tidak/jarang – jarang
Kadang-kadang
Kebiasaan
Bertentang mata semasa berkomunikasi?
1
2
3
Menunjukkan minat mendengar apa yang diperkatakan dengan menganggukkan kepala.
1
2
3
Tidak mengganggu semasa atau selepas rakan anda bercakap
1
2
3
Adakah anda menyoal soalan yang menarik menunjukkan anda berminat dengan apa yang diperkatakan?
1
2
3
Suara anda jelas, mudah didengari dan difahami oleh semua.
1
2
3
Adakah anda memberi perhatian kepada yang tidak bersuara?
1
2
3
Adakah anda pasti percakapan anda melibatkan dua hala atau hanya anda yang bercakap dan mendengar?
1
2
3
Adakah anda menghargai orang lain?
1
2
3
Anda cuba mengelak daripada menunjukkan tanda – tanda tidak menggemari percakapan seperti menguap walaupun percakapan tidak diminati.
1
2
3
Adakah anda mendapat kepastian terhadap sesuatu yang tidak pasti seperti yang diperkatakan?
1
2
3

Markah

  • Jika anda mendapat 25 markah atau lebih, anda adalah penyampai yang terbaik
  • Jika anda mendapat 16-24 markah, anda adalah penyampai yang berkesan
  • Jika anda mendapat kurang 15 markah, anda perlu mendalami komunikasi anda
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Hjh Normah binti Che Din
Penyemak : Dr. Hamdan Bin Buyong@Abd Rahman