A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Keperluan Kesihatan Warga Emas

Keperluan Kesihatan Warga Emas

Pada dasarnya keperluan asas anda boleh dijelaskan melalui Model Jadual Hidup Harian yang menyenaraikan 12 aktiviti asas. Seiring dengan keperluan psikososial yang lain, keperluan asas yang ditunjukkan ini perlu diberi perhatian bagi membolehkan anda menjadi lebih berdikari untuk hidup secara berkualiti.

Tempat tinggal

  • Buat keputusan di mana anda akan tinggal pada tahun mendatang
  • Pastikan tempat tinggal anda berhampiran dengan kemudahan awam
  • Pastikan ruang dan keadaan rumah anda bersesuaian dengan anda
  • Buat keputusan samada anda hendak keluarga dan kawan-kawan tinggal bersama anda atau anda pindah dan tinggal bersama mereka. Jika anda suka dengan pilihan ini, pertimbangkan perkara berikut sebelum membuat keputusan
    • Pastikan anda memahami dan menerima hak dan tanggungjawab mereka.
    • Pastikan segala pengurusan kewangan dibincang dan dipersetujui sepenuhnya.
    • Adakan satu tempoh percubaan.
    • Pastikan juga terdapat ruang tempat tinggal yang mencukupi bagi membolehkan anda mendapat privasi .

Keselamatan

  • Pastikan tempat tinggal anda sentiasa selamat
  • Buat senarai semak barang-barang merbahaya yang terdapat di rumah anda
  • Ubahsuai tabiat anda

Komunikasi

Keupayaan untuk berkongsi buah fikiran, pandangan dan perasaan membolehkan wargatua kekal sebagai sebahagian dari ahli masyarakat serta mengelakkan diri dari rasa terasing. Tambahan pula ia boleh menanamkan sikap berdikari dan memahami makna hidup bermasyarakat.

Warga tua boleh meningkatkan keupayaan secara:

  • Belajar memperbaiki kemahiran gaya komunikasi.
  • Lakukan pemeriksaan jika menghadapi masalah pendengaran. Doktor boleh mencadangkan alat bantuan pendengaran jika diperlukan.
  • Ahli keluarga anda boleh mengubahsuai strategi baru memperbaiki komunikasi berkesan.
Semakan Akhir : 16 September 2008
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff
  : Dr. Susy Mathew
  : En. Harol Hanam bin Muhammed Wahid

 

Artikel Berkaitan

Komunikasi Dengan Warga Emas

Warga emas adalah orang yang amat berpegalaman dalam kehidupan. Gaya komunikasi mereka juga dijiwai sejak bertahun-tahun lagi. Individu yang berkomunikasi dengan warga emas harus peka dalam isu yang mahu dibicarakan.

Gelisah

Pengenalan Kegelisahan boleh terjadi kepada warga emas. 10% dari golongan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,207,035

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia