Kenapa anda perlu ada kesedaran kendiri?
Melalui kesedaran kendiri dapat menjana kefahaman:
- Siapakah anda?
- Tabiat anda
- Personaliti anda
- Anda mampu untuk menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang dan persekitaran
Bagaimana untuk mengetahui anda kekurangan pengetahuan mengenai kesedaran kendiri?
Jika anda kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri, anda tidak dapat untuk:
- Menjelaskan tindakan dan tingkah laku anda
- Mengenali tabiat anda
- Memahami personaliti anda
- Melakukan penyesuaian yang perlu apabila berhadapan dengan orang lain
- Memberi keprihatinannya kepada persekitaran
Apakah akibatnya jika anda tidak mengambil berat mengenainya?
Tanpa menitik berat tentang kearifan mengenal diri sendiri, anda akan:
- Menjadi keliru dalam peranan anda sebagai seorang remaja
- Mempunyai konflik dalam sikap dan tingkah laku anda
- Menjadi kurang empati dan kurang penyayang
- Tidak berupaya untuk menampilkan diri anda sepenuhnya
- Membuat keputusan dan tindakan secara terburu – buru
Apakah yang boleh dilakukan jika didapati anda kekurangannya?
Anda perlu:
- Mengetahui segalanya mengenai diri anda
- Mendapat pandangan ikhlas dari kawan-kawan anda dengan cara bertanya soalan
- Belajar daripada orang lain contoh ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan – kawan
- Kaji dan fahami kehendak emosi anda
- Tingkatkan kemahiran mendengar anda, empati dan penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain
- Berusaha untuk cemerlang dalam apa saja yang dilakukan lakukan
Di mana anda boleh mendapat bantuan?
Anda harus mendapat nasihat daripada:
- Ibu bapa
- Ahli keluarga yang boleh dipercayai
- Kaunselor
- Guru agama
ATAU
Dapatkan nasihat profesional daripada:
- Psikologi
- Psikiatri
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Yaacob |
Penyemak | : | Pn. Fariz Sakina Bt. Abdullah |